::cik im::
http://aliimranzone.blogspot.com

SILAT CEKAK HANAFI: Kejohanan Futsal Mengimbau Kenangan..

"Alamak, dah jam 9.30 pagi!" saya melihat jam di dinding setelah terjaga akibat bunyi bising ayam di luar rumah. Maknanya saya dah terlewat 1 jam setengah untuk hadir ke Kejohanan Futsal dan Sukan Tradisional Silat Cekak Hanafi 2009 yang dijadual berlangsung pada tepat jam 8 pagi ini.

Selepas bersiap mandi dan panaskan enjin motor, saya terus bergerak ke Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru yang menjadi lokasi pertandingan. Sebenarnya kehadiran saya bukanlah untuk bermain futsal, tetapi hanyalah untuk memberikan sokongan moral kepada 2 pasukan UM yang telah mendaftar diri untuk menyertainya.

Namun, setibanya saya di sana, saya dikejutkan dengan ketidak hadiran 2 pasukan tersebut. "aiseh! mane pergi budak-budak ni??..hmm..." Saya difahamkan oleh AJK pertandingan tentang pembatalan 2 pasukan tersebut kerana masa sudah lewat. "aduiii..nak jadi pengurus konon..2 pasukan pun tak dapat nak handle lg..malu-malu!" saya membebel dalam hati...

Kejohanan kali ini berlangsung dalam suasana mesra dan meriah dengan kehadiran Guru Utama dan jumlah penyertaan yang agak menggalakkan. Saya ditemani Pie yang baru tiba dari Ampang hanya dapat memerhatikan perjalanan pertandingan dari jauh.


bersama Guru Utama dan bakal Guru Utama..hehe

Dijadikan cerita, tiba-tiba saya ditawarkan untuk bermain menggantikan Abang Mi dari pasukan Alumnai Cekak UM yang injured jari tangan. "Aduii...aku datang bukan nak main, nak jadi pengurus je..." tapi nak tak nak saya kenala main jugak, dah permintaan Jurulatih saya walaupun dalam hati sangatlah malas sebab dah lama tak join futsal ni.

Rupa-rupanya ini adalah game kedua untuk pasukan Alumni UM, perlawanan pertama mereka telah kalah terhormat 0-1. Alhamdulillah kehadiran saya telah berjaya memperkuatkan (ayat poyo dan berlagak) pasukan ini lantas berjaya menjelmakan kemenangan bergaya 1-0 menewaskan pasukan pilihan ...........(tak ingat name). Gol kemenangan disumbat dengan cantik oleh penyerang handalan, abang Yus!!..bravo Cik Yus!!

Sebenarnya gol kemenangan tersebut masih tidak dapat mengubah nasib pasukan kami yang disingkirkan oleh pasukan lain dengan jumlah jaringan yang lebih tinggi mengikut sistem merit liga. "Alhamdulillah..tak perlulah aku main lagi..hehe.." saya sebenarnya dah malas nak main bola letih-letih ini. walaupun dulu saya merupakan 'kaki bola' yang sangat gemar bermain bola, tapi selepas all out main bola pada form 5 (kemuncak karier adalah berjaya mewakili pasukan Kedah dan menjuarai Pertandingan Bola Sepak Sekolah-Sekolah Agama Peringkat Kebangsaan 2002), saya rasa bermain bola bukan lagi menjadi minat saya. (mungkin dah jemu dengan latihan bola yang amat menyeksakan kot)


ketika mewakili pasukan Kedah pada tahun 2002

Saya sekarang masih meminati bola, tetapi tertumpu kepada mainan komputer dan menyokong perlawanan pasukan pilihan sahaja. Berbalik kepada acara pada pagi tadi, pertandingan futsal diakhiri dengan acara sukaneka. Disini kelihatan dengan jelas suasana meriah dan muhibbah dikalangan ahli Silat Cekak Hanafi. Bagi saya, obejektif merapatkan saf dan membina ukhwah berjaya dicapai oleh pihak penganjur. Tahniah diucapkan!

Tumpuan seterusnya....demo Pesta Ko-Kurikulum Universiti Malaya..nantikan! ;)
3 comments:

beliau kini hanya mampu bermain di hdpn komputr shj x kira siang atau malam...'cik im,jgn silake'!!


Ya..Nantikan pesta Kok..Jom cipta kemenangan lagi..insyaALLAH~~


kemenangan hanya satu bonus..kita kene wat yang trbaik utk persebahkan silat terbaik..chaiyok!;)


::cik im::

My photo
::ialah anak kelahiran Sandakan,Sabah::menetap di Tangkak,Johor::Syariah (Fiqh dan Usul), Akademi Pengajian Islam,Universiti Malaya::

::cik im di sini::


ShoutMix chat widget

::sahabat cik im::

::saudara cik im::

::pilihan cik im::

::pelawat cik im::