
"Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan (dari kalangan kamu) beberapa darjat"
Nur Madihah bukan saja berjaya mengangkat namanya, tetapi nama kedua ibu bapanya yang siang malam bertungkus lumus mendidik serta mencari rezeki untuk memberinya pelajaran. Apa yang perlu dibanggakan juga ialah Nur Madihah berjaya membuktikan bahawa pelajar sekolah agama mampu mencapai kecemerlangan tahap tertinggi untuk terus menepis persepsi sesetengah pihak yang memandang enteng sistem pendidkan di sekolah aliran agama selama ini.
Antara resepi kejayaan beliau yang kita boleh kongsikan bersama ialah:
1- Memberikan sepenuh perhatian semasa pembelajaran di dalam kelas
2- Mencari mood yang baik untuk mengulang kaji
3- Mendampingi guru-guru
4- Patuh dan taat kepada Ibu bapa
5- Selalu bertahajjud di malam hari
Sebenarnya resepi kejayaan seseorang itu hampir sama. Yang membezakannya hanyalah sejauh mana mereka mengabdikan diri kepada Allah serta bertwakkal kepadaNya. Itulah ciri-ciri kejayaan sebenar bagi orang yang beriman.
Sesungguhnya bagi saya kejayaan itu adalah milik setiap individu. Yang membezakannya ialah bagaimana kejayaan itu diperolehi dan sejauh mana kejayaan itu diktiraf oleh syarak serta manusia. Kejayaan dikitiraf manusia dibalas dengan sanjungan, pujian, wang ringgit, rumah, tawaran biasiswa melanjutkan pejaran dan sebagainya. Sementara kejayaan sebenar di akhirat pula ialah mencapai keredhaan Allah SWT dan dibalas dengan syurga yang indah abadi. Kita yang dikurniakan akal fikiran mempunyai pilihan untuk memilih antara keduanya ataupun kedua-duanya.
Yang menjadi persoalan kenapa ramai dikalangan kita yang memilih mengejar kejayaan di dunia tetapi alpa mengejar kejayaan di akhirat?. Ramai yang study hingga lewat malam kemudian tidur sehingga terlepas waktu subuh. Ramai yang leka membuat assignment sehingga lupa waktu solat sudah hampir tamat. Itu hanyalah contoh yang menjadi kebiasaan muslim biasa, belum lagi dibicarakan mereka yang langsung tidak mempedulikan solat serta amalan-amalan wajib yang lain. Mereka sebenarnya memilih atau langsung tidak menyedari adanya pilihan di dalam hidup ini?

Sekali lagi sekalung tahniah untuk Nik Nur Madihah di atas kejayaan cemerlang beliau mendapat 19A1, 1A2 di dalam SPM baru-baru ini. Semoga beliau terus tekun mencapai kecemerlangan untuk mendukung kembali kegemilngan Islam yang menjadi cita-cita beliau. Juga buat semua pelajar khususnya Along saya yang berjaya membuat kejutan dengan kejayaan cemerlang anda. Tahniah! Teruskan usaha mencari kejayaan di dunia serta akhirat.
"terkenang zaman sekolah..saya pasti semua yang berlaku terselindung seribu hikmah"
*artikel ini nasihat untuk diri sendiri dan semua rakan-rakan.
Thursday, March 19, 2009
gagal sekali tak beeerti gagal selamanya...teruskan kecemerlangan anda..
Thursday, March 19, 2009
kejayaan hari ini bukan jaminan kejayaan selamanya..kegagalan hari ini bukan jaminan kegagalan selamanya..teruskan perjuangan mencari kejayaan abadi di akhirat sana..
Thursday, March 19, 2009
haiz..mcm same je dua org ni..adik beradik ke?.hehe..ape2 pn terima kasih..
Wednesday, March 25, 2009
"the important thing in life is not what happened to u in the past, but what is going to happen to u in the future.."
Post a Comment