::cik im::
http://aliimranzone.blogspot.com

ISU SEMASA: Akhirnya Kajian Membuktikan

Akhirnya kajian membuktikan Perhimpunan 100 Ribu rakyat baru-baru ini ada asasnya. Malaysiakini melaporkan kajian mendapati dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa asing itu, dan sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari dua subjek tersebut.

"Sumbangan PPSMI hanya mampu menyumbang pada tahap paling minimum, iaitu kurang empat peratus kepada peningkatan pencapaian Bahasa Inggeris secara keseluruhannya," laporan bertajuk 'Tahap Kompetensi Guru dalam PPSMI serta Implikasinya terhadap Pembangunan Modal Insan Murid' dipetik.

Menurut kajian 53 pakar bahasa itu, dasar kontroversi tersebut juga "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

"PPSMI telah dan akan membunuh minat, semangat dan keghairahan murid-murid untuk belajar Sains dan Matematik sejak di peringkat sekolah rendah lagi."

Kajian yang melibatkan tujuh universiti awam itu dijalankan antara Jun hingga Disember tahun lalu oleh Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina).

Universiti terlibat termasuklah Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Perguruan Sultan Idris, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Mara.

Kajian merumuskan PPSMI harus ditamatkan dan mengembalikan sistem pengajaran sebelum dasar itu diperkenalkan pada 2003.
"Dari segi perkiraan analisis kos-faedah dalam konteks pelaburan jangka panjang, amalan PPSMI tidak menguntungkan, sebaliknya membantut tahap kecerdasan murid serta merugikan generasi akan datang.

"Dengan ini, disarankan supaya dasar PPSMI diberhentikan," laporan eksekutif setebal sepuluh halaman itu dipetik.

Menurut kajian, analisis keputusan peperiksaan terhadap 5,595 sampel pelajar tahun lima daripada 56 sekolah kebangsaan mendapati pencapaian pelajar makin merosot dan merudum mendadak apabila berpindah ke tahun enam.

Kajian menjelaskan, kemerosotan berlaku akibat kegagalan pelajar memahami konsep sains dan matematik kerana tidak mampu berinteraksi dengan guru atau murid lain menggunakan bahasa Inggeris.

Pola yang sama didakwa turut ditemui daripada kajian Kementerian Pelajaran dan Pejabat Daerah dan sekolah tertentu.

Pengerusi eksekutif Pembina, Datuk Abdul Rauf Yusoh yang menaungi kajian itu mengesahkan kajian tersebut kepada Malaysiakini hari ini.

Laporan eksekutif kajian itu diedarkan buat pertama kali kepada umum semalam di hujung Kongres Kebudayaan Melayu Kedua anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasianal Malaysia (Gapena), Persatuan Sejarah Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di ibu negara.

Hasil kajian yang sama pernah dibentangkan dalam mesyuarat meja bulat membahaskan dasar tersebut anjuran Kementerian Pelajaran tahun lepas.

Menjelaskan latar belakang kajian, Abdul Rauf berkata, walapun pakar bahasa yang terlibat hanya diberikan saguhati minimum, namun kajian tujuh bulan itu tetap melibatkan kos besar kira-kira RM470,000.

Beliau berharap kajian itu mampu memberikan gambaran sebenar pelaksanaan PPSMI kerana, sampelnya besar dan luas, melibatkan 15,089 orang daripada pelbagai jenis dan aliran sekolah dari pelbagai kawasan perbandaran seluruh negara.

Seramai 553 guru – termasuk pengetua, guru besar dan penolong kanan sekolah – turut dipilih sebagai sampel.

Abdul Rauf menegaskan, kajian itu dilakukan secara bebas dan tidak dibuat berdasarkan kepentingan tertentu.

"Kami hanya mengemukakan hasil kajian. Kalau positif, positiflah, kalau negatif, negatiflah," katanya.

Diharap semua pihak dapat membuka mata dengan pendedahan terbaru ini.

"Bahasa Budaya Bangsa"
8 comments:

kajian ini bagi sy meragukan kerana ianya hanya melibatkan pkar2 bahasa bukan pakar2 di bidang sains dan matematik yg sepatutnya lebih arif dgn kepentingn PPSMI


saudara Ibn sina boleh mulakan kajian sndiri..ahlan wsahlan..


setuju dgn ib sina..sb membe sy yg amek medic selalu ckp susah sb x fhm term2 in english,sepatutnya bdk2 skrg brsyukur sb dpt pendedahan awal..


member ko 2 lembab kot, cmnela leh amek medic 2, ni kajian dr semua aspek la, klu ko rs hbt, wtla kajian sndiri


Sekadar copy n paste email yang saya terima. Dari seorang anak Sarawak yang kini sedang mengikuti pengajian master di Dublin, Ireland.

1. saya menentang PPSMI di peringkat sekolah rendah dan menengah, kerana ia hanya memberi banyak manfaat kpd pelajar di bandar, tetapi 'menyiksa' pelajar di luar bandar. kita ambil sampel di sabah & sarawak yg masyarakatnya terdiri drpd > 50 suku kaum & bahasa. jumlah penduduk sabah sarawak dlm 5 juta ~ 20 % populasi malaysia. saya xbuat kajian tetapi berdasarkn bbrp pengalaman & pemerhatian saya berikut :

1.1 sekolah rendah - saya bersekolah di kampung, kampung saya di sempadan sabah sarawak, >< 1200 km dr kuching, 150 km dr k.kinabalu. bahasa kampung kami - kedayan - melayu brunei, so x jauh beza sangat dgn bm, dialek je lain sikit. classmate saya ada 16 orang. seingat saya kptsn upsr 1988, drpd 16 org tu, hanya seorang dpt english B, yg dpt A xde, bbrp dpt C&D, dan separuh lg gagal, E. Math pun lebih kurang, ie separuh E. maksudnya english 50% E dan math pun 50% E. itu math diajar dlm bahasa melayu, yg semua orang kampung saya faham & pandai. yg saya ingat, saya sorng je yg hafal sifir, lepas tu adalah bbrp org lagi, tp yg lain tu memang sampai kesudah xhafal2 sijir. bayangkan math diajar dalam english .... saya yakin % yg gagal akan bertambah & peratus yg cemerlang berkurang. itu kampung saya yg kira moden juga ... bagaimana pula kampung yg bahasanya pelik & masyarakatnya ada yg xfaham BM lgsng..

1.2 sekolah menengah - keputusan SPM 1993, SMK Agama Miri, sekolah yg selected juga studentnya, dan sekolah bandar, yg ana ingat drpd 100 org, Math - hanya 2org dpt A1, & >>50% dapat P7,P8,F9. English lagi teruk, takde sorang pun dapat A1,A2, yg gagal F9 memang >50%. result sains agak ok, tp tidak bg sains tulen, Fizik, Kimia.... So, bayangkan math, add math & subjek2 sains tadi diajar dlm English ......

saya juga pernah mengajar sambilan math form 3 di SMK Lawas, sekolah bandar tp teruk, saya ajar dari kelas 3A sehingga 3I. 3A excellent lah. tapi 3D-3G memang teruk sangat, kalau exam bbrpa org je lulus, budak pun xminat langsung math, 3I lagilah, basic darab bahagi pun tak tahu. ini form 3. bayangkan math diajar dalam english sepanjang 5 tahun, bahasa asing yg memang asing bg mereka ... saya yakin figure di atas tidak banyak berubah, trend nya sama shj sampai sekarang.

english diajar oleh guru2 terlatih dr maktab & lulusan TESL & ada yg oversea, disitu ada kelemahan dan banyak kelemahan dan itu yg perlu diperbaiki, bukannya memporakperandakan dan akhirnya pelajar islam/melayu juga yg ketinggalan. kita tak boleh lihat kejayaan PPSMI di sekolah2 bandar dll, tapi mesti dilihat menyeluruh. kegagalannya adalah kerugian wang berbilllion nilainya, & menghancurkan ummah selain menguburkan maruah bahasa itu sendiri. nampaknya hisyamuddin meniru najib yg suka membuat 'eksperimen' sebelum kajian yang menyeluruh & pilot test.

2. sebaliknya ana lebih kepada menyokong pelaksanaan PPSMI diperingkat tertier dgn hujjah2 berikut :

2.1 kos - jumlah pelajar ke IPT secara peratusnya adalah sedikit, mungkin dalam 5-10% shj. dan mereka adalah pelajar yg terpilih & bijak & perlu kemahiran komunikasi dlm english yg tinggi es dlm bidang kerjaya. teknologi cepat berkembang es IT & telekomunikasi, dlm bbrp minggu even bbrp hari teknologi baru wujud. utk menterjemahkannya adalah memerlukan masa & kos yg x sedikit. buku & maklumat dlm bidang2 sains & teknologi dicetak, publish ... terjemahan memakan masa & jika dicampur kosnya juga billion ringgit wang rakyat. english adalah medium utama penerbitan terbiitan2 tersebut, bukan japanese, french dll.

2.2 integrasi & ekonomi - penguasaan pelajar IPT dlm english sudah pasti byk kelebihannya, bbrp cth -

a) pengiktirafan - dunia iktiraf sis. pendidikan kita, so negara2 maju spt UK, US, australia, new zealand, europe mudah menerima pelajar kita. dan negara kita juga boleh jadi centre of excellent in education. peratus warga US, UK & eropah yg masuk Islam semakin bertambah drastik, bahkan ramai drpdnya cendikiawan, so dari segi dakwah kita boleh menjadi pusat dakwah sekaligus, islamisasi ilmu dll.

b) penerbitan - pensyarah2 & pelajar kita dpt menerbitkan ilmu yg boleh tersebar meluas ke serata dunia, bukan sekadar di malaysia sahaja. boleh berdakwah sekali dgn ilmu sains yg ada, boleh gabungkan kepakaran ulama & professional. anyway, tentu ada kontranya juga, tp ana x bercadang utk menulisnya di sini. yg penting keputusan yg dibuat mestilah ada kajian menyeluruh, mungkin perlu percubaan sblum melaksanakan sesuatu dasar secara menyeluruh, & keputusan diibuat secara majoriti, bukan secara diktaktor.

3. secara ideal nya, tentu kita ingin melihat lughatul-Quran yg tertinggi dan menjadi bahasa ilmu. so, kita juga perlu mendesak kerajaan utk memperkembangkan bahasa arab & mengembalikan semula tulisan jawi. yg ana tahu dulu medium pengajaran di APIUM ialah Bahasa Arab, then lepas tu tukar ke Bm. tak pasti siapa yg cadangkan, mengarahkan & merancang pelaksanaannya. tp rasanya tidak banyak pihak yg menentangnya. kalau salah tolong betulkan.

seqadar itu sahaja pendangan ana. terakhir, pujangga muhammad iqbal pernah menukilkan : " inna ta'liimal-haditha, laa yu'allimu 'ainat-thoolibid- dumu' walaa qalbahu kasyu'a.
"=sesungguhnya sistem pendidikan moden masa kini tidak mampu mendidik mata pelajarnya agar menangis dan hatinya supaya khusyu"

Akhi Saidi Zain

Pandangan saya: Inilah yang terjadi apabila Islam diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya. Dalam kita sibuk-sibuk memperjuangkan bahasa Melayu, kita terlupa pada bahasa Al-Quran. Sekarang ini kementerian telah mengurangkan kuota pengambilan pelajar dalam bidang Pendidikan Bahasa Arab di IPTA, tapi siapa yang tahu?


Maaf, komen sebelum ni ada kesilapan. Bukan sibuk-sibuk memperjuangkan Bahasa Melayu tapi Bahasa Inggeris. Bahasa bangsa yang pernah menjajah kita hingga sampai sekarang anak bangsa kita masih lagi terjajah. Jangan sampai generasi akan datang berkiblatkan Barat, tak nampak dah kiblat yang kat Masjidil Haram tu. SAYA PROTES PPSMI!


:) benar2...protes jgk!!


benar tue...soalnye bukan pd bahasa tue,tapi kenapa dlm subjek math n sains..mcm mane pelajar nak kuasai math n sains kalau dlm b.i,dalam bm pun belum tentu dapat kuasai..pikirlah demi anak bangsa kita...


::cik im::

My photo
::ialah anak kelahiran Sandakan,Sabah::menetap di Tangkak,Johor::Syariah (Fiqh dan Usul), Akademi Pengajian Islam,Universiti Malaya::

::cik im di sini::


ShoutMix chat widget

::sahabat cik im::

::saudara cik im::

::pilihan cik im::

::pelawat cik im::