::cik im::
http://aliimranzone.blogspot.com

Trip Tg. Karang

Sunday, September 27, 2009

Semalam tradisi kunjung mengunjung di Aidil Fitri telah diteruskan oleh saya dan keluarga dengan melakukan perjalanan sehari suntuk ke Tg. Karang dan Sabak Bernam, Selangor. Disamping merapatkan ukhwah, ianya turut mengimbau nostalgia kerana dua destinasi tersebut amat dekat di hati kami sekeluarga, dulu, kini dan insyaallah selamanya..berikut catatan di hari ke-7 Aidil Fitri..



meninjau teratak kami di Jalan Bomba, Tg. Karang yg hampir roboh


Masjid Batu 10 penuh nostalgia


Di sini aku bermula...


tahniah...:)


EMBAH..jasa serta kasih sayangmu akan ku kenang selamanya...

mudah-mudahan bersaudara...;)

penutup...jamu selera@ Jeram..time kasih buat bekas Pengarah KMJ..:)

Al-kisah perjalanan raya ke-7..ni plak sedikit cebisan hari raya ke-4..tahniah dan selamat berbahagia buat YEN..:)
diketuai oleh cik Izzah Soffiyyah binti Amir..


SALAM AIDILFITRI DARIPADA KAMI SEKELUARGA...:)



Read On 9 comments

Salam Lebaran..

Saturday, September 19, 2009

Kesempatan musim bermaafan ini, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada seluruh pengunjung cik im's blog andai sepanjang saya menulis dan menukil di ruangan blog ini lidah kadang terlanjur, menyinggung hati dan perasaan sesiapa.

Laungan takbir dan tahmid di Aidil Fitri pasti menyentuh hati orang mukmin, mengingati kebesaran Allah disamping menggamit kerinduan Ramadhan yang ditinggalkan. Moga Ramadhan yang berlalu diampunkan segala dosa kita kepada Allah, dan Syawal menjelma diambil kesempatan membersihkan dosa sesama insan.
Kepada yang berkesempatan, jemputlah datang ke rumah untuk beraya. Insyaallah saya akan berada di rumah sepanjang seminggu bercuti kali ini.

Salam Lebaran Aidil Fitri

Allahu Akbar Walillahil Hamd


Read On 5 comments

Rutin Seharian..

Monday, September 14, 2009
Dek kerana kekeringan modal, post kali ini berbicara soal rutin seharian seorang bernama Muhd Imran di bulan puasa ini. Berikut disiarkan beberapa gambar yang bakal menceritakan segalanya....:)


bangun sekitar 5 pagi untuk bersahur...


menyediakan sahur (mengikut ketetapan jadual memasak Rumah Halal Haram)...


mengulangkaji pelajaran sebelum ke kelas (rutin wajib ni..yeke?..hehe)


kelas.......3-6 (setiap hari kecuali hari rabu)....

rehat.....

* maaf gambar berbuka dan tarawih tidak dapat disiarkan kerana lokasinya di masjid, no pictures..hehe)

INI ADALAH IKLAN SAHAJA..:)




Read On 9 comments

Sekitar Iftor Jama'ie SCH UM 1430H

Friday, September 11, 2009


Untuk sekitar majlis lagi, sila ke link berikut:

Read On 0 comments

Ruginya..

Tuesday, September 08, 2009

Rasulullah SAW menaiki mimbar (untuk berkhutbah). Menginjak anak tangga pertama baginda mengucapkan 'Amin', begitu juga pada anak tangga kedua dan ketiga. Selesai solat, para sahabat bertanya "Mengapa Rasulullah mengucapkan 'Amin'? Rasulullah SAW menjawab 'Malaikat Jibril datang dan berkata "Kecewa dan rugilah seseorang yg BILA NAMAMU DISEBUT, DIA TIDAK MENGUCAP SALAWAT KE ATASMU" lalu aku berkata 'Amin'.

Kemudian jibril berkata lagi " Kecewa dan rugilah org yg BERKESEMPATAN HIDUP BERSAMA KEDUA ORG TUANYA, TETAPI DIA TIDAK DAPAT MASUK SYURGA" lalu aku mengucapkan 'Amin'.

Kemudian katanya lagi "Kecewa dan rugilah org yg BERKESEMPATAN (HIDUP ) PADA BULAN RAMADHAN TETAPI TIDAK TERAMPUN DOSA-DOSANYA." lalu aku berkata 'Amin'.

(Hadis Riwayat Ahmad)

MINDA MUSLIM

YA ALLAH! Ampunilah segala dosa kami!


Read On 1 comments

AURATKAH SUARA PEREMPUAN?

Monday, September 07, 2009

Ada sebilangan manusia mendakwa bahawa suara perempuan dikira sebagai aurat. Mereka menyandarkan kenyataan mereka kepada nas-nas Islam juga. Antaranya adalah, satu hadis bahawa Nabi SAW bersabda;

Maksudnya;


“Tidak aku tinggalkan selepasku fitnah yang lebih mudharat terhadap orang lelaki daripada perempuan


Hadis ini dijadikan hujjah oleh mereka untuk mengkuatkan pendapat mereka yang menyebut bahawa suara perempuan adalah aurat. Pada mereka, semua suara wanita itu akan membawa kepada fitnah.

Pendapat sebegini pada hakikatnya melahirkan kekeliruan, malah mengandungi unsur penghinaan terhadap perempuan, sedangkan islam merupakan agama yang amat memuliakan perempuan.

Sebab itu, jika kita mendalami Al-Quran, kita akan dapati bahawa permulaan pemberatan hukum tidak diberikan kepada Adam seorang diri, ketika dibumi, malah pemberatan hukum itu berlaku setelah Adam ditemani oleh hawa.

Firman Allah;

Maksudnya;


”Kami berkata, ”wahai Adam, tinggallah kamu dan isteri kamu di dalam syurga. Makanlah kamu berdua daripada apa yang kamu mahu. dan jangan kamu berdua hampiri pokok ini, nescaya kamu berdua daripada kalangan orang-orang yang zalim”

(Surah Al-Baqarah : 35)

Dari ayat ini, kita akan dapat lihat bahawa larangan Allah terhadap adam agar jangan hampiri pokok dalam syurga itu bukan larangan terhadap adam sahaja, malah terhadap isterinya juga, iaitu hawa.

Padahal, sebelum hawa diciptakan lagi, Adam tidak pernah diberikan sebarang arahan pun, sama ada berbentuk suruhan ataupun berbentuk larangan.

Justeru, ini membuktikan kepada kita bahawa nas Islam, iaitu Al-Quran sendiri menyatakan bahawa perempuan bukanlah satu kalangan manusia yang boleh dipandang rendah, malah mereka wajib dipandang dengan pandangan yang mulia.

SUARA PEREMPUAN

Dakwaan mengatakan suara perempuan adalah aurat merupakan satu dakwaan yang tidak benar. Ini kerana, jika kita perhatikan kepada nas-nas Islam, kita akan dapati banyak kejadian yang memberi dalil bahawa suara perempuan tidak aurat.

Bukankah Allah SWT ada berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 53;

Maksudnya;


“apabila kamu meminta sesuatu perkara daripada mereka (isteri-isteri nabi), maka mintalah daripada belakang hijab”

(Surah Al-Ahzab : 53)

Ayat ini membuktikan bahawa suara perempuan tidak dikira sebagai aurat. Jika ia dianggap sebagai aurat, masakan dalam ayat ini Allah SWT menyuruh para sahabat meminta sesuatu perkara itu daripada isteri-isteri Nabi. Apabila meminta, sudah pasti mengharapkan jawapan balas. Justeru, jawapan balas itu sudah pasti berkaitan dengan suara.

Keadaan ini juga dapat dilihat kepada banyak hadis-hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh perempuan, seperti banyak hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah, Ummu Salamah dan banyak lagi.

Begitujuga, di zaman para sahabat terdapat banyak kisah yang menggambarkan suara perempuan tidak dikira sebagai aurat. Antaranya adalah, teguran seorang muslimat terhadap Omar yang ketika sedang menyampaikan satu ucapan di atas mimbar. Teguran perempuan yang kedengaran oleh mereka yang hadir dalam majlis ucapan Omar itu tidak diingkarkan atau dibantah oleh Omar, malah sahabat-sahabat nabi yang lain. justeru, ini membuktikan suara perempuan bukanlah aurat seperti dakwaan sesetengah pihak.

JANGAN MENGIURKAN

Walaupun nyata suara perempuan bukan dikira sebagai aurat, tetapi ia bukan bermaksud seseorang perempuan itu boleh bercakap dengan mana-mana lelaki pun dalam semua bentuk bunyian suara.

Justeru, dibimbangi wujud sebilangan lelaki yang mempunyai nafsu syahwat yang luar biasa, ataupun mempunyai penyakit hati yang agak susah untuk diubatkan, maka dilarang sama sekali terhadap perempuan bercakap dengan mana-mana lelaki ajnabi dengan mengalunkan suara yang mengiurkan.

Suara yang hendak digunakan ketika berbicara dengan lelaki ajnabi hendaklah berbentuk agak garau, sekira-kira tidak melahirkan ngiur para lelaki apabila mendengarnya. Jikalau dia sengaja menggunakan alunan suara yang boleh mengiurkan, tindakannya itu merupakan dosa. Dosa tersebut, bukan kerana suara itu dikira sebagai aurat, tetapi disebabkan tindakanya yang sengaja menggunakan alunan suara yang boleh menaikan syahwat lelaki dan sebagainya.

Sekian

p/s : artikle ini adalah ulasan dan olahan dari kitab Fatawa Maasarah karangan Dr Yusuf Al-Qaradhawi jilid kedua.

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani





Read On 0 comments

Iftor Jama'ie SCH UM 1430H

Monday, September 07, 2009





Read On 2 comments

Fidyah Puasa

Sunday, September 06, 2009



Fidyah puasa bermaksud mengeluarkan kadar tertentu dari makanan asasi setempat bagi setiap hari yang ditinggalkan dari puasa bulan Ramadhan dan diberikan kepada orang miskin. Kewajipan fidyah puasa ini berdasarkan firman Allah;

“…Dan wajib ke atas orang-orang yang payah/sukar mengerjakan puasa (kerana tua, sakit yang tiada kemungkinan sembuh dan sebagainya) membayar fidyah, iaitu memberi makan seorang miskin (bagi tiap-tiap hari yang ditinggalkan puasanya)…”(al-Baqarah: 184)

Orang-orang yang dituntut membayar fidyah puasa ialah;

1. Orang yang meninggalkan puasa kerana sakit yang tiada harapan sembuh
2. Orang tua yang tiada lagi kemampuan/daya untuk berpuasa.
3. Wanita hamil yang berbuka puasa kerana bimbangkan kandungannya.
4. Wanita menyusu yang berbuka puasa kerana bimbangkan anak yang disusuinya itu.
5. Seorang yang mati sebelum sempat mengqadha’ puasanya
6. Seorang yang sengaja menangguh-nangguh qadha’ puasanya sehingga tiba Ramadhan berikutnya dan ia belum menunaikan puasa Qadha’nya. Ia wajib membayar fidyah di samping mengqadha puasanya itu.

Kadar satu fidyah ialah secupak beras (menyamai ukuran hari ini; 650 gram beras).[1] Menurut mazhab Imam Abu Hanifah; harus dikeluarkan dengan wang senilai dengan harga beras itu. Malah beliau mengharuskan menunaikan fidyah itu dengan memberi makan orang miskin, yakni membuat makanan dan kemudian menjemput orang miskin menikmatinya. Memakai pandangan Imam Abu Hanifah ini, Syeikh 'Atiyah Saqar rhm (bekas pengerusi Lujnah Fatwa al-Azhar) menyebutkan; satu fidyah ialah dengan memberi makan seorang fakir/miskin dengan makanan yang mencukupinya untuk makanan pagi (ghada’) dan malam (asya’).

Satu fidyah hanya harus diberikan kepada seorang fakir miskin sahaja. Namun jika fidyah itu banyak, maka harus jika hendak diberikan kepada seorang atau beberapa orang fakir dengan syarat bilangan mereka tidak boleh melebihi bilangan fidyah (supaya tidak berlaku satu fidyah diagihkan kepada lebih dari seorang fakir).

Jika orang yang wajib membayar fidyah tersebut tidak mampu membayarnya kerana miskin, maka terhapuslah kewajipan membayar fidyah seperti terhapusnya kewajipan membayar zakat fitrah. Pendapat ini yang disokong oleh Syeikh Ibnu Hajar di dalam kitabnya “Tuhfah”. Namun menurut Syeikh Ramli dan juga Khatib Syarbini; tidak terhapus kewajipan membayar fidyah kerana miskin dan fidyah yang belum terbayar itu menjadi hutang. Jika ia mati sebelum membayar fidyahnya, hendaklah dikeluarkan dari harta peninggalannya. (Rujuk; Sabilal-Muhtadien, hlm. 768, lihat juga; al-Majmu’, jil. 6, hlm. 257)

Wallahu A’lam.

Rujukan;

1. al-Fiqh al-Manhaji, jil. 2, hlm. 92.
2. Sabilal-Muhtadien, hlm. 768.
3. Al-Majmu’, jil. 6, hlm. 257.
4. Al-Iqna’, jil. 2, hlm. 353
5. Fiqh al-‘Ibadat, Hasan Ayyub, hlm. 449.2.
6. Al-Fatawa Min Ahsanil-Kalam, Syeikh 'Atiyah Saqar, jil. 2, hlm. 16.

Nota Kaki;

[1] Menurut mazhab Syafi'ie; Syarat makanan bagi Fidyah dan Kaffarah menyamai syarat makanan bagi Zakat Fitrah dari segi jenis dan sifatnya. Begitu juga, disyaratkan dalam kewajipan Fidyah dan Kaffarah (sebagai mana zakat fitrah) ada kelebihan dari keperluan diri sendiri dan ahli keluarga termasuklah khadam (merangkumi keperluan makanan, pakaian dan tempat tinggal). (Rujuk; al-Iqna’, jil. 2, hlm. 353)

http://ilmudanulamak.blogspot.com/2007/10/fidyah-puasa.html




Read On 0 comments

Kemaskini

Friday, September 04, 2009
Harap maaf, blog cik im ini sedang dikemaskini untuk penambahbaikan. InsyaAllah cik im akan kembali menyalurkan info bermanfaat untuk semua. Segala kesulitan amat dikesali.




Read On 2 comments

Kedudukan ‘Urf dan Adat Dalam Syariat Islam

Tuesday, September 01, 2009

Definisi ‘Urf dan Adat


Istilah ‘urf mempunyai hubungan yang erat dengan perkataan adat. Para sarjana hukum Islam (usuliyyin) hampir tidak membezakan di antara kedua-duanya. Kedua-dua istilah ini merupakan budaya. Dalam penggunaan bahasa Melayu istilah ‘urf jarang diguna pakai berbanding dengan perkataan adat.


Secara etimologinya perkataan ‘urf berasal dari perkataan Arab ‘arafa yang bererti mengetahui. Orang pertama dikatakan menentukan takrif ‘urf ialah A-Nasafi. Al-Jurjani di dalam kamus istilahnya al-Ta‘rifat, menjelaskan istilah ‘urf sebagai perbuatan atau kepercayaan dalam mana orang berpegang teguh dengan persetujuan kekuatan mental dan tabiat semula jadi mereka juga mahu menerimanya sebagai benar.


‘Urf dan adat merupakan istilah yang sinonim dan identik dari segi praktiknya walaupun terdapat perbezaan dari segi etimologinya dalam penggunaan bahasa Arab dan Melayu. Selaras dengan pandangan Ibn ‘Abidin (1252H) dalam artikelnya Nasyr al-‘Urf fi Bina’ Ba‘d al-Ahkam ‘ala al-‘Urf yang menyamakan kedua-dua instrumen tersebut.


Menurut Imam al-Ghazali, adat atau ‘urf diertikan sebagai sesuatu yang telah mantap dalam jiwa manusia dari segi akal fikiran serta diterima oleh tabiat yang sejahtera atau sesuatu yang menjadi kebiasaan manusia yang mempunyai tabiat-tabiat yang sejahtera lahir daripada penghuni sebuah negeri Islam dengan syarat ia tidak berlawanan dengan nas syarak.


Kedudukan ‘Urf dan Adat Dalam Syariat Islam


Urf juga dikenali dengan adat telah ditakrifkan dengan “sesuatu yang telah menjadi kebiasaan oleh manusia dan mematuhinya dalam urusan kehidupan harian sehingga sebati dengan mereka serta menjadi suatu perkara yang lumrah samada ‘urf itu qawli atau ‘amali, ‘amm atau khass, sahih atau fasid,”.


Syariat Islam telah meninggalkan banyak perkara yang tidak ditentukan batas sempadan secara jelas, bahkan sengaja membiarkannya kepada ‘urf untuk menghukum, menentukan batas sempadan dan perinciannya.

Justeru itu wujud satu kaedah fiqhiyyah yang diterima pakai oleh semua ulama’ iaitu العادة محكمة yang bermaksud adat yang am dan khas akan dijadikan rujukan atau hakam, bagi menentukan hukum syarak khususnya ketika berlaku perselisihan kerana ia juga merupakan asas pembinaan hukum-hukum yang tidak dinaskan. Tetapi apabila ada nas maka wajib mengamalkan nas itu dan tidak harus meninggalkan nas dengan mengamalkan adat.


Walau bagaimanapun, dalam membina atau mempengaruhi pembinaan budaya baru, hukum Islam tidak bersikap menolak semua sekali budaya yang sudah dihayati masyarakat. Malah, kelaziman atau ‘urf iaitu suatu asas budaya yang paling kukuh telah diterima sebagai salah satu sumber hukum Islam.


‘Urf dihuraikan sebagai kelaziman yang diterima umum dan berakar umbi dalam masyarakat. Ia boleh terbentuk dalam apa sahaja sifat manusia baik kata-kata, perbuatan, pandangan akal, perasaan atau seumpamanya. Kata ‘Abd Allah Ibn Ahmad al-Nasafi,’urf ialah suatu kebiasaan hidup yang diterima akal dan tabiat yang murni.


Syarat-Syarat Pengambilkiraan ‘Urf dan Adat


Sarjana usul telah menggariskan beberapa syarat dalam pengambilkiraan ‘urf dan adat sebagai asas hukum. Ini bagi memastikan nilai yang diterimapakai tersebut tidak bertentangan dengan objektif syariah untuk merealisasikan dan mengoptimumkan segala kebaikan dan meminimumkan kemudharatan. Syarat-syarat tersebut adalah;

i. ‘rf itu tidak berlawanan dengan nass syara‘, sebaliknya jika ia berlawanan dengan nass, maka ‘urf tersebut tidak boleh diambilkira dan diamalkan seperti transaksi berunsur riba, pendedahan aurat dan sebagainya.

ii. ‘Urf itu telah diamalkan secara menyeluruh dan meluas oleh masyarakat. Kalaupun ada yang tidak mengamalkannya hanya dalam jumlah yang minimum.

iii. ‘Urf atau adat yang akan dirujuk dalam sesuatu tindakan itu sudah wujud ketika hendak dilakukan tindakan itu. Ertinya, ‘urf itu telah mendahului waktu tindakan dan berterusan sehingga masa berlakunya tindakan itu.

iv. Tidak wujud sesuatu perkataan atau perbuatan yang berterus terang menyalahi ‘urf. Maka tidak harus berpegang kepada ‘urf sekiranya terdapat perkataan dan perbuatan yang mengetepikan penggunaan ‘urf

dan adat

v. Pengamalan ‘urf tersebut mestilah umum merangkumi seluruh negara. Yang zahir pada kaitan ini hanya khusus kepada ‘urf yang membataskan yang umum dan mengikatkan yang mutlak.

vi. ‘Urf itu hendaklah dimestikan (mulzaman) di mana wajib beramal dengannya pada pandangan manusia. Syarat ini terdapat dalam fiqh Maliki dan Hanafi.



Read On 0 comments

::cik im::

My photo
::ialah anak kelahiran Sandakan,Sabah::menetap di Tangkak,Johor::Syariah (Fiqh dan Usul), Akademi Pengajian Islam,Universiti Malaya::

::cik im di sini::


ShoutMix chat widget

::sahabat cik im::

::saudara cik im::

::pilihan cik im::

::pelawat cik im::