::cik im::
http://aliimranzone.blogspot.com

MOTIVASI: Petua Mencuci Hati

Segala aspek kehidupan bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini terdapat beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.

1) Dirikan solat dan banyakkan berdoa - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X


5) Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan kesalahan yang dilakukan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah "Aku sebenarnya... ... (perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara- perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati -Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa.


10)
Kekalkan wuduk


11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang shubhah

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut... dsb), jangan dengar orang mengumpat."

hati ibarat cermin...jika kotor cermin itu, susah untuk dimasuki cahaya...begitulah perumpamaan nur iman kepada hati....renung-renungkan dan selamat beramal...;)
10 comments:

Thanks for the touching words,it really works for the benefits of others..keep it up,excellent effort!


TAHNIAH! teruskan usaha untuk memperkayakan lagi blog yng bermanfaat ini


ungkapan yang harus diamalkan..teruskan perjuangan..


teruskn perjuangn mnentang 'pmimpin yg zalim' jg salah stu petua mncuci hati..TAKBIR!! ^_^


huhu..pndai2 je cik ziha UUMm enmbh petua sndiri..awak 2 mude lg, xlyak bg petua..hihi


amboi ziha...smgt politik nmpk..ni dh lari tajuk ni..hihihi..


imran, aku suka no.12, no 12, no 12 dan no 12..lepas tu no.12 dan no 12 lagi..aku nak pesan 12 set no 12 ye...terima kasih..=P


bgus..klu cm2 aku akan mencari kamu utk menyempurnakan hajatmu itu..huhu


Petua yg sgt bagus...tapi lagi bagus klu sertakan sekali dgn petua mcm mana nak istiqomah mencuci hati...

Mcm saya sendiri, mula2 baca entri ni rasa bersemangat je nak amal semua tp 2 3 hr lps tu hilang dah semangat...amalan pun entah ke mana...


istiqamah sangat berkait dgn motivasi diri..insyaAllah saya akan usahakan di masa akan datang..terima kasih..


::cik im::

My photo
::ialah anak kelahiran Sandakan,Sabah::menetap di Tangkak,Johor::Syariah (Fiqh dan Usul), Akademi Pengajian Islam,Universiti Malaya::

::cik im di sini::


ShoutMix chat widget

::sahabat cik im::

::saudara cik im::

::pilihan cik im::

::pelawat cik im::