::cik im::
http://aliimranzone.blogspot.com

MOTIVASI: Saudaraku


Saudaraku..kau merdeka dibalik alam baru

Saudaraku..kau merdeka dari belengu itu
Kalau betul kau berpegang pada Tuhanmu
Apa helah makhluk itu, tidak berbekas padamu

Saudaraku..kan musnah tentera zalim tak menentu
Akan muncul di alam ini satu fajar baru
Pancaran sinarnya akan memerdekakan rohmu
Lihat..nun fajar baru menari-nari menujumu

Saudaraku..kau tangisi pemergianku
Kau siram pusaraku dengan air matamu
Mereka nyalakan lilin dari reputanku
Kejarlah dengannya kemenangan dan jaya

Saudaraku..jika ku tidur jumpa Kekasih
Raudhah Tuhanku sudah tersedia dan isih
Burung-burungnya berkepak silih
Berada nian berada ditaman firdaus

Saudaraku..ikutlah jejakku ini
Puak demi puak, angkatan baru susuli
Meskipun aku mati, tapi mati suci
Kalian kan lalu dengan kemenangan lagi

Ku membela nama Tuhan dan agama
Dengan yakin atas sunnah, ku jalan selama
Entah demi kemenangan di merata dunia
Entah untuk mendapat balasan dengan anbia'

(sajak assyahid Sayyid Qutb beberapa jam sebelum menghembuskan nafas terakhir di tali gantung)

Sebelum digantung, assyahid Sayyid Qutb ada menyebut, bahawa beliau bermimpi bertemu Rasulullah s. a.w pada malam sebelum digantung. Beliau menunggang kuda putih, Rasulullah bersalam dengannya dan berkata, bertenanglah wahai Sayyid, sesungguhnya kamu telah berjaya mendapat kematian sebagai seorang syahid pada jalan Allah...

Para pembaca sekalian, alangkah beruntungnya mereka yang mati di jalan Allah...

Bagaimana akan berakhirnya hidup kita ini....? Allahummakhtimlana bihusnil khotimah...wala takhtim alaina bisuuil khotimah......air mataku mengalir......


4 comments:

Subhanallah...akhir tulisan akhi mengundang airmata...

Biar jasad ini tersiksa...penat lelah setiap masa...berfikir, bekerja untuk ummah, demi Islam, takkan ku sanggup tinggalkan tugas dakwah ini walau sebentar...kerana hanyalah ini satu-satunya mahar untuk ku ke 'sana'...


Wahai sahabatku,
Ketika engkau gembira menikmati hidangan,
Ramai saudara sebayamu,
Sedang merintih kelaparan,
Sedang berjuang merebut sekeping roti yang bersarang…
Wahai sahabatku,
Ketika engkau tertawa menikmati kemewahan,
Ramai saudaramu di sana,
Menitiskan darah perjuangan,
Menangis sayu dalam kesejukan,
Mengemis hiba menanti ihsan,
Tiada pakaian apatah lagi tempat perlindungan…

Wahai sahabatku,
Ketika kita masih mampu bersenda gurau,
Pernahkah kita menangis kerana mengenangkan nasib saudara seIslam?
Pernahkah kita menghulurkan tangan menyelamatkan mereka?
Atau pernahkah kita membayangkan betapa sengsaranya mereka?
Atau kita hanya membayangkan untuk memasuki syurga…
Tanpa mengalirkan peluh apatah lagi darah!
Wahai sahabatku…kejamkah kita???


Mengiginkan mati sebagai seorang syuhada...Tidak cukup hanya sekadar berdoa dan bermadah...Warkah dari Ramallah ini sedikit sebanyak boleh membakar semangat jihad kita... renung2kan...

"Assalamualaikum Warahmatullah...

Sahabatku Jihad,

Warkahmu selamat kuterima dan kufahami isinya. Aku bersyukur, kau masih mengingati persahabatan dan ukhwah yang kita bina. Ku kira tidak sia-sia kitab Fiqh Ukhwah yang pernah kita diskusikan bersama suatu ketika dahulu. Dan seperti biasa aku juga turut mendoakan kesejahteraanmu dari Lembah Nil ini.

Semenjak 1987 lagi tika laungan intifada menggegarkan langit Palestin, HAMAS telah kukenali. Waktu itu aku masih di sekolah rendah. Kalau kau mahu tahu guru besarku dengan lantang pernah berucap di perhimpunan rasmi sekolah seraya melancarkan tabung bantuan kepada intifada Palestin. Apalah yang aku miliki waktu itu selain semasa saku seluar kuseluk wang syiling bernilai 50 sen cuma. Namun kerana itu sahaja yang barangkali mampu untuk menampung perjuangan intifada Palestin aku masukkan kesemuanya ke dalam tabung yang dilancarkan. Semangatku tika itu membuatkan aku terpaksa mengikat perut dan hanya mencicip air dari paip besi.

Itu kisah hampir 16 tahun yang lampau. Kisah seorang anak kecil menilai sebuah perjuangan. Bukan kisah seorang mahasiswa membaca tragedi dan peristiwa. Demi menyatakan sokongan yang berterusan itu, aku bersama teman-teman di sini melancarkan demonstrasi aman dari Universiti Al-Azhar seusai solat Jumaat saban minggu. Kami melaung-laungkan pembebasan dan keadilan untuk Palestin. Ketumbukan kami itu tidak disenangi pihak keamanan. Akibatnya aku dan enam teman lain terberkas, ditahan dan disoal siasat. Mujurnya tiada kesan terhadap pengajian kami di Al-Azhar.

Peluang meladeni kitab-kitab ilmu membantuku memahami pengertian jihad sebagai tiang kemuliaan Islam. Kau jangan hairan andai kukatakan masih ada ulamak yang tidak mengiktiraf perlakuan meletupkan bom yang kalian amalkan sebagai amaliyat istisyhadiah. Sebaliknya mereka melabelkannya sebagai intihar. Namun aku yakin pendapat yang menyatakan perlakuan itu adalah jihad dan matinya beroleh syahid adalah benar dan tepat.

Benar seperti apa yang kau coretkan. Kita tidak boleh berharap kepada PLO, OIC mahupun Liga Arab kerana dasar perjuangan mereka tidak berlari di atas garisan yang sama dengan perjuangan kita. Lihatlah betapa kemenangan imprealis membina empayar. Biarpun mereka pulang ke negara mereka namun jajahan pemikiran berterusan. Barangkali wajar aku suarakan betapa penderitaan yang kalian hadapi di Palestin, penyembelihan di Kosovo, pemerkosaan di Bosnia, Pembantaian di Poso, penindasan di Kashmir, Pergelutan di Afghanistan dan penyerangan terhadap Iraq adalah harga untaian kifarat kealpaan umat Islam mengembalikan khilafah Islamiah setelah runtuhnya Turki Uthmaniah pada 1924.

Pun begitu bukanlah niatku hendak menyalahkan kesemua umat Islam lantaran derita-derita itu kerana masih ada sinar-sinar Islam dinyalakan melalui jemaah dan harakah Islamiah serata dunia.

Akhi,

Nampaknya perjuangan perang salib kita masih belum berakhir. Kau tentu lebih arif mengenai sejarahnya. Apakah kita masih menunggu akan lahirnya Solahuddin Al-Ayyubi yang kedua? Ku kira tepat ujaranmu. Perjuangan kita adalah satu. Jihad fisabilillah tanpa menghitung bangsa. Meski aku dilahirkan di sebuah perkampungan Melayu di Malaysia, Palestin tetap adalah tanggungjawabku. Tanpa mengira bangsa kerana ad-Deen itu satu!"

Dipetik dan diubahsuai dari blog akhi masrawi. tak ingat dah url blog tu sbb dah bertahun tak buka:-)


syukran ummusyahid berkongsi bhn utk renungan bersama..benar..perjuangan ialah perlaksanaan kata-kata..


rindukan zaman kecemerlangan dan kegemilangan Islam..


::cik im::

My photo
::ialah anak kelahiran Sandakan,Sabah::menetap di Tangkak,Johor::Syariah (Fiqh dan Usul), Akademi Pengajian Islam,Universiti Malaya::

::cik im di sini::


ShoutMix chat widget

::sahabat cik im::

::saudara cik im::

::pilihan cik im::

::pelawat cik im::