::cik im::
http://aliimranzone.blogspot.com

SILAT CEKAK HANAFI: Kojohanan Tenpin Bowling 2009

"Main relax2 je..jgn presure2..kite bukan nak menang pun..ramai lagi yang power2 ni.."

Begitulah pesan saya kepada Shafie, pasangan tag team saya pada pagi sebelum bermulanya Kejohanan bowling Silat Cekak Hanafi 2009. Kejohanan yang berlangsung di Ampang Bowl, Ampang Point ini disertai lebih kurang 184 orang peserta.

Saya dan Shafie merupakan wakil kumpulan tunggal daripada UM. Kami yang serba kekurangan dalam lapangan bowling ini cuba menenangkan minda dengan tidak terlalu memikirkan soal kedudukan dan ganjaran walaupun sebenarnya dalam hati kami teringin juga ingin dijulang sebagai juara..:) Persembahan kami pada kejohanan yang julung kali disertai ini agak luar biasa namun mungkin nasib tidak menyebelahi kami apabila kami hanya memenangi kategori pasangan terperasan ;)
Pertandingan bermula pada jam 10 pagi dirasmikan oleh Tuan Hj. Md Nasir b. Hj. Arsyad, Pemangku Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi Malaysia. Suasana muhibbah jelas kelihatan di kalangan ahli lama dan ahli baru. Penganjuran berjalan lancar diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang dan sesi bergambar.

Pada sebelah malam pula saya dan Syafie meluangkan masa menghadiri program tentang keselamatan diri yang dianjurkan di Kolej Kediaman Pertama, UM. Kehadiran kami adalah untuk mengalu-alukan skuad demo Ibu Pejabat PSSCUHM yang dijemput oleh pihak penganjur untuk melakukan demonstrasi Silat Cekak Hanafi. Persembahan demo SCH malam ini agak ringkas tetapi dilihat berjaya memukau hadirin dengan ketangkasan pergerakan dan pukulan buah-buah silat. Saya pula terserempak dengan Intan (seorang blogger terkenal) yang turut menontan aksi demo tersebut. Intan adalah rakan seperjuangan dalam SCH UM satu ketika dulu ;)

Sepanjang hari dengan aktiviti silat, saya rasa hari ini agak menggembirakan...:)

*catatan ringkas hari ini dalam sejarah ;)


8 comments:

wa...., sronok bc cerita im...klu blh byk le puji2 a.ie ...he3...


hei kmu~~~.....
hei, kmu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
hu~~~
blOgger terkenal....sabO jela.....
x pasal2 int mencapap d page kmu....
kakakakakaa~~~
saje je ye...

btw, thnx .....cheq msih d kire rkan seperjuangan,,,,...suka2....

hehe, ari menggembirakan anda cOz anda telh berjump degn blOgger terkenal itu....
suka dgn ayt
*catatan ringkas hari ini dalam sejarah ;)

kakakakakakaka~~~


haha..shafie2..anda adalah tag team daku yang paling hebat..3 frame 530 jatuahn pin..dhsyat2..


to intan:...hehehe....


wow,dari football,futsal ke bowling.sian lak kecik2 dulu tak dan nak beli bola bowling,tak cukup latihan la 2..anyway,failure is a stepping stone towards success,never give up


huhu..kami bukn kalah, cume xbernasib baik..shafie bermain agak cemerlang pd hr kejadian..


lain kali alert..tgk website persatuan selalu..:)


::cik im::

My photo
::ialah anak kelahiran Sandakan,Sabah::menetap di Tangkak,Johor::Syariah (Fiqh dan Usul), Akademi Pengajian Islam,Universiti Malaya::

::cik im di sini::


ShoutMix chat widget

::sahabat cik im::

::saudara cik im::

::pilihan cik im::

::pelawat cik im::