Politik Malaysia semakin serabut!! Itu yang bermain di dalam fikiran saya setelah melihat aksi lompat si katak lompat lakonan manusia politik yang tidak ada prinsip perjuangan yang jelas. Keadaan menjadi semakin serabut dan kusut setelah fikiran saya disajikan berita penuh kekeliruan yang disajikan oleh sebuah stesen tv swasta di Malaysia iaiatu TV# yang mendakwa Kerajaan Pakatan Rakyat Perak sudah tumbang walaupun belum ada sebarang kata putus oleh pihak Sultan Perak.
Sehingga detik saya menulis ini sebenarnya tiada sebarang kata muktamad tentang kedudukan kerajaan Pakatan Rakyat Perak. BN dijangka mengambil alih kerajaan hanya selepas melepasi 2 keadaan:
1. Memastikan bahawa 2 Adun yang melompat ke BN (walaupun isytihar BEBAS) masih lagi Adun yang sah di sisi Perlembagaan Persekutuan (bukan di sisi SPR)
2. Mendapat perkenan Sultan Perak untuk menubuhkan kerajaan baru negeri Perak mengikut tatacara yang terdapat di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.
Jadi tajuk tv# "KERAJAAN PAKATAN RAKYAT TUMBANG" itu adakah benar sama sekali? ataupun hanya kebenaran di sebelah pihak tetapi bukan kebenaran bagi pihak yang lain? saya tidak mampu menjawab persoalan undang-undang itu, tetapi saya hanya menilai method yang digunakan media-media arus perdana dalam menyalurkan sesuatu berita.
Saya bangkitkan di sini kerana bagi saya berita yang bersifat sedemikian boleh membuat penonton yang sedia serabut fikirannya dengan keadaan politik semasa menjadi semakin serabut. Saya berpendapat malang jika terdapat di kalangan rakyat era IT ini yang tidak berusaha mencari berita alternatif untuk membuat pertimbangan dengan berita yang disalurkan oleh media arus perdana. Ini kerana tidak semua maklumat yang disampaikan oleh sesuatu media itu benar. Kita harus membaca daripada pelbagai sumber agar dapat mereka membuat penilaian sewajarnya terhadap sesuatu isu.
Akhir bicara dari saya, Pakatan Rakyat atau BN, hormatilah undang-undang. Kamu hanya mampu merancang, ketentuan tetap milik mutlak Allah jua....
Sekadar catatan meluahkan perasaan....
*walaupun serabut, kena tengok jugak berita tv# ni..untuk membuat penilaian dengan sumber berita lain lalu menelan yang dinamakan kebenaran sebagai penawar..
Wednesday, February 04, 2009
sama-samalah kita memperbanyakkan cacian dan makian buat najib barua, nasarudin celaka, anak jailu mangkuk, jamaludin radzi bengong n cina kecik mangkuk hayun...
Wednesday, February 04, 2009
harap-harap Tuanku Sultan Perak dapat buat keputusan yang adil..
Wednesday, February 04, 2009
huhu..sabar2..
Wednesday, February 04, 2009
imran,
aku rasa orang yg lompat2 parti tu la sebenarnya tak leh dipercayai dan diberi peluang lagi..sengaja menimbulkan provokasi dan huru hara..pikirlah kebajikan rakyat bukan kepentingan periuk nasi sendiri....
Thursday, February 05, 2009
Sha pun serabuuuuutt~~ sbb tk faham.. hee!
Friday, February 06, 2009
perak memang serabut..patutnye xyah bg peluang kt PKR ngn DAP..wt mslh je..xteguh pd perjuangan..hnye seglntir pmimpin mereka shj..
Thursday, February 26, 2009
kita serhkan kepada pimpinan yang lebih arif ye..:)
Post a Comment