Sebelum kita pergi lebih jauh dalam membincangkan hukum ini mari kita lihat sebuah hadis nabi S.A.W. yang menyebut:
Maksudnya : Perempuan adalah aurat, dan sesungguhnya apabila dia keluar dari rumahnya syaitan akan sentiasa memerhati dan mengekorinya.
Hadis sahih ini jelas menyebut bahawa perempuan adalah aurat. Tapi harus difahami bahawa bukan semua keadaan perempuan itu aurat.
Perempuan menjadi aurat sekiranya mengangkat suara di hadapan bukan mahramnya.
Perempuan menjadi aurat sekiranya mengangkat suara di hadapan bukan mahramnya.
Perempuan menjadi aurat jika tabarruj yakni berhias berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian orang ramai walaupun menutup aurat dengan sempurna.
Perempuan menjadi aurat jika berwangi-wangian yang boleh menarik perhatian orang ramai di luar rumahnya.
Perempuan menjadi aurat sekiranya mendedahkan auratnya. Dan perempuan menjadi aurat jika memakai pakaian yang tidak syari`e.
Islam melarang wanita memakai seluar samada ketat atau longgar tanpa pakaian labuh hingga ke kaki seperti jubah dan yang seumpamanya kerana beberapa perkara :Perempuan menjadi aurat jika berwangi-wangian yang boleh menarik perhatian orang ramai di luar rumahnya.
Perempuan menjadi aurat sekiranya mendedahkan auratnya. Dan perempuan menjadi aurat jika memakai pakaian yang tidak syari`e.
1- Kerana menyerupai lelaki. Sabda nabi S.A.W :
Maksudnya: Allah melaknat orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki.
Maksudnya: Rasulullah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan orang perempuan yang memakai pakaian lelaki.
Oleh kerana asal seluar adalah pakaian lelaki dan dipakai oleh semua lelaki maka tidak diharuskan bagi perempuan untuk memakainya.
2- Seluar membentuk anggota wanita. Dan setiap pakaian yang menampakkan bentuk tubuh badan wanita adalah haram dipakai di hadapan bukan mahram. Sabda Nabi S.A.W :
Maksudnya: Dua golongan di kalangan penghuni neraka yang belum pernah aku lihat. Pertama, satu golongan yang sentiasa memegang cemeti untuk memukul-mukul manusia. Dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi seolah-olah bertelanjang, menarik dan menggoda, kepala (rambut) mereka seperti bonggol unta (kerana disanggul atau seumpamanya), mereka sekali-kali tidak akan masuk ke syurga malah tidak dapat mencium baunya sedikitpun walaupun bau syurga itu sudah dapat dicium dari jarak yang begitu jauh.3- Meniru gaya wanita-wanita bukan Islam. Sabda Nabi S.A.W :
maksudnya: barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum bahawasanya dia adalah dikalangan mereka
Dalam penegasan dalil-dalil yang dinyatakan di atas kita mengulangi bahawa boleh bagi wanita memakai seluar tetapi dengan syarat-syaratnya.
1- Jika dipakai dengan pakaian yang labuh dan longgar.
2- Jika dipakai di hadapan mahram.
3- Kerana darurat seperti dalam keadaan perang atau bencana untuk mudah lari dan menyelamatkan diri.
Pemakaian baju yang berwarna pula tidak ada hukum yang tetap berkenaan dengannya. Tetapi Islam telah menggariskan dan meletakkan satu kaedah, iaitu sekiranya pakaian yang dipakai oleh seorang wanita itu boleh menarik perhatian lelaki-lelaki yang bukan mahram seperti terlalu terang warnanya atau corak-corak yang keterlaluan atau berenda-renda atau labuci-labuci yang berselirat dan bergemerlipan maka hukumnya tidak boleh. Dan hukum ini juga kembali kepada adat sesuatu tempat tersebut. Satu contoh saya berikan. Kalau perempuan di Malaysia kebanyakannya atau hampir kesemuanya memakai baju kurung berwarna warni sehingga pemakaian itu menjadi biasa. Tapi jika dipakai di Negara lain (Negara Arab khususnya) ia adalah sesuatu yang menarik perhatian dan menjadi tumpuan orang, maka ia tidak digalakkan (kalau boleh elak lebih baik).
Ustaz Amri Nasron- Cinta-rasul.blogspot.com

والله أعلم
Sumber : Sebahagian dari Fatwa Sheikh Muhammad Asy-Syanqithi dan Sheikh Wahbah Az-Zuhaili.Ustaz Amri Nasron- Cinta-rasul.blogspot.com
Thursday, February 26, 2009
hu~ thanx..skrg terasa hensaf diriku~
Thursday, February 26, 2009
Tp wanita skrg ramai yg lebih selesa pakai seluar drpd pakaian yg lebih sopan. kononnya utk memudahkan pergerakan. maklum, di zaman serba moden ni semua nak kena cepat, klu tak akn ktinggalan. wanita pun sama2 nak kejar status, nak berdiri sama tinggi dan nak duduk sama rendah dgn lelaki. padahal dlm Quran dah sebut lelaki itu pemimpin kpd kaum wanita. masa sy sekolah dulu ustazah sy haramkan kmi pkai seluar kecuali utk bersukan. masa kat pusat asasi pun sama, kmi x boleh pakai seluar langsung kcli utk bsukan je. benarlah wanita skrg tertipu dgn fitnah dunia. tertipu dengan fesyen2 muslimah yg hakikatnya adalah tabarruj semata-mata. tahniah akhi, bykkanlah artikel mcm ni spya kita boleh terbuka mata dgn ajaran Islam yang sebenar, bukan Islam Hadhari, bukan Islam Liberal dll. untuk wanita2 yg baca komen ni...hayatilah lagu ni...
Luahan Hati Dr Lelaki...Dilema...
Permata antara kaca...
Lihatlah panorama dunia
Wanita bagaikan hilang rasa malunya
Maruah yang menjadi maharnya
Tergadai sia bagai tiada berharga
Di manakah budinya...
Di manakah akhlaknya...
Sungguh pilu dan sayu mengenangkannya
Santun tiada lagi...
Nafsu memimpin hati
Kehormatan diri tidak dipeduli
Oh wanita...
Kembali menginsafi
Kepada asal fitrah kejadianmu
Diciptakan untuk dihormati
Sentiasa diredhai Tuhan Pencipta
Kembali kepada-Nya
Juga pada rasul-Nya
Pasti dihadirkan taufiq dan hidayah-Nya
Kembalilah ke arah kemuliaan
Contohi peribadi Ummul Mukminin
Rasulullah dijadikan suami
Tertawan kerana keluhuran pekerti
Bukan kerana harta...
Bukan kerana nama...
Tapi kerana budi yang disanjungi
Kembalilah...
Wanita perhiasan dunia
Bagai kilau permata di antara kaca
Sayangnya makin pudar cahaya
Hingga tiada lagi beza di antaranya...
HIJJAZ
Sgt terhiris menghayati bait-bait lagu ni lebih2 lagi dinyanyikan oleh lelaki...
Thursday, February 26, 2009
sykran ummusyahid..saya juga sedih melihat perkembangan fesyen kebiasaan majoriti anak wanita skrg..bertudung tp tp tak menutup aurat..
kalau saudari ada artikel yang ingin dikongsi sbagai bahan dakwah, email kepada saya ye..syukran..
Friday, February 27, 2009
diriku terasa...huhu
Saturday, February 28, 2009
Waa..copy blog x mminta izin dulu no... xpe, ana dah izinkan lani...:-)
Saturday, February 28, 2009
ziha...
bgslah tu terasa...tu tandanya Allah masih 'jentik' hati kita...bygkan klu Allah tarik balik rasa sensitiviti tu smp kita buat dosa pun hati x terasa apa2...eemmm parah tu...tu la namanya hati yg mati...na'uzubillah...
Saturday, February 28, 2009
amri dan aisyah...
ilmu ni milik Allah...xpe, dia tlg panjang2kan pahala antum tu...:-)
Saturday, February 28, 2009
abg amri n kak aishah..
sori..ingtkn takde hakcipta, boleh copy paste je..hehe..ok, pasni minx kebenran dl ye..
tp kt bwh artikel 2 ade diletakkn siapa penulis ..sambil 2 leh promote blog hampa jgk kn?? :)
Tuesday, March 10, 2009
btul..btul..btul =)
Post a Comment