::cik im::
http://aliimranzone.blogspot.com

PENDIDIKAN: J-Qaf Lepasan SPM, Wajarkah?

Penulis: Teacher Yati

Seperkara yang menarik perhatian saya ialah isu guru-guru j-qaf sekarang ini. Dari laporan yang diterima pendaftaran guru j-qaf di istitut perguruan rata-rata kurang memberangsangkan . Maka kedengaranlah desas desus untuk membukanya untuk lepasan SPM seperti mana yang dibuat untuk subjek-subjek lain di institut perguruan waktu ini.

Hal ini sangat menarik dan sekiranya benar maka itulah jalan yang terbaik. Dari kaca mata pendidik yang telah 28 tahun lebih mengharungi suka duka sebagai pendidik,pengambilan sejak usia belasan memang langkah yang betul dan amat tepat sekali. Komitmen tinggi di arena perguruan yang diharapkan dari bakal guru dapat dipupuk dan dibaja lebih awal.

Justeru tidak hairanlah sekiranya kita dapati guru-guru lepasan maktab samada dulu atau sekarang lebih memahami tugas mereka,lebih gigih menjalani kehidupan sebagai guru. Ini bukan satu omongan kosong malahan berdasarkan pemerhatian dan temubual dengan rakan-rakan guru dari pelbagai peringkat umur.

Saya amat menyambut baik sekiranya langkah ini segera dilaksanakan memandangkan lepasan aliran agama dari sekolah-sekolah menengah dapat terus menyambung pelajaran mereka ke peringkat ijazah dalam bidang j-qaf. Malahan pelajar-pelajar aliran agama dapat dimotivasikan untuk menjadi guru-guru j-qaf yang cemerlang.

Syabas sekiranya perkara murni ini ini benar-benar terjadi maka sayalah antara orang yang paling bersyukur......

(penulis merupakan seorang guru Bahasa Inggeris yang telah berkhidmat selama 28 tahun di bidang perguruan)
3 comments:

penulis seolah-olah tidak berpuas hati dengan guru lepsan ijazah nukan perguruan..benarkah?


Mungkin saudara Azhari keliru, penulis menyatakan pengalamannya, tidak semestinya bermakna semua guru lepasan ijazah biasa sekarang tidak produktif. Mungkin maksud penulis bidang perguruan perlukan komitmen sebagai guru yang tinggi bukan setakat kelayakan akademik.


ada pro dan kontra tulisan cikgu yati ni,untuk menampung kekurangan guru agama bolehla dibuka untuk lepasan spm namun kehadiran guru lepasan ijazah tidak boleh dikesampingkan tatkala negara sangat memerlukan ilmuwan agama untuk terus mendidik anak bangsa negara tercinta. selamat berjuang sahabat-sahabat.


::cik im::

My photo
::ialah anak kelahiran Sandakan,Sabah::menetap di Tangkak,Johor::Syariah (Fiqh dan Usul), Akademi Pengajian Islam,Universiti Malaya::

::cik im di sini::


ShoutMix chat widget

::sahabat cik im::

::saudara cik im::

::pilihan cik im::

::pelawat cik im::