::cik im::
http://aliimranzone.blogspot.com

SILAT CEKAK HANAFI: Majlis Ijazah Asas

1. Tidak boleh menderhaka kepada Guru
2. Tidak boleh menderhaka kepada Ibu
3. Tidak boleh menderhaka kepada Ayah
4. Tidak boleh bergaduh sesama Ahli
5. Tidak boleh mencaci Silat Melayu (asli) yang lain

Berikut adalah lafaz janji 37 penuntut baru Silat Cekak Hanafi dihadapan Guru Utama, YM en. Marwi Latif pada malam 24 hb Januari yang lalu dalam satu majlis Ijazah Asas yang diadakan di Rumah Universiti,UM.

Dengan pengijazahan ini bermakna para 37 penuntut baru telah sah bergelar ahli silat cekak dan berhak menerima silibus pembelajaran buah-buah silat.

Selain Ijazah Asas, turut diadakan Ijazah Tamat untuk 5 orang penuntut lama, tahniah diucapkan!!

Majlis berjalan dalam suasana muhibbah diakhiri dengan jamuan ringan untuk Ijazah Asas dan jamuan khas maraikan ahli tamat dan Guru Utama di Kolej ke-6 UM.

Pesanan saya untuk ahli tamat; jadilah seperti resmi padi.."makin berisi makin tunduk"..bersama kita SEGERAK SEARAH, SENAFAS SEUDARA untuk mendapatkan kembali PSSCUM yang menjadi nostalgia kita sejak awal 1970 an..

"Peneraju Warisan Mutlak"
0 comments:

::cik im::

My photo
::ialah anak kelahiran Sandakan,Sabah::menetap di Tangkak,Johor::Syariah (Fiqh dan Usul), Akademi Pengajian Islam,Universiti Malaya::

::cik im di sini::


ShoutMix chat widget

::sahabat cik im::

::saudara cik im::

::pilihan cik im::

::pelawat cik im::