Tepat pukul 12.30 tengahari saya dan abang bertolak daripada Tangkak ke Kuala Lumpur. Ada bermacam-macam urusan di sini tetapi yang menjadi tumpuan kami ialah ke pelancaran Gabungan Mansuhkan PPMSI (GMP) di pusat membeli belah SOGO yang dijadualkan pada jam 3 petang.
Selepas solat jamak di R&R Seremban, kami terus menuju ke SOGO. Tepat jam 3 kami sampai di sana. Namun suasana 'hangat' pelancaran gagal kami kesan seketika kerana kehadiran begitu ramai anggota polis yang beruniform dan berpakaian preman. Kami mencari-cari Dato' Dr. Hassan Ahmad dan Datuk A. Samad Said yang dikatakan akan hadir. Alhamdulillah kami ketemu juga dengan Dr. Hassan, namun beliau sedang lepak bersama teman-teman pejuang dalam 'majlis minum petang bersama wartawan sambil ditemani pegawai-pegawai keselamatan' di restoran Secret Recipe yang terletak di hadapan pintu masuk SOGO..huhu..rupa2nya majlis pelancaran telah 'selamat' berlangsung dengan 'aman' akibat campur tangan pihak polis..tahniah!
Begitulah sedikit bayangan ekspedisi kami hari ni..berjaya bertemu tokoh pejuang bahasa, tetapi gagal mendapatkan suasana 'hangat' majlis yang menjadi impian kami..apapun tahniah buat Dr Hassan, Dato' A.Samad Said dan rakan-rakan yang komited untuk terus berjuang memartabatkan Bahasa Melayu di tanah air tercinta ini!...
*teringat tadi terdengar sepasang kekasih berbual:
Perempuan: Bang, perhimpunan ape 2?
Lelaki (pandai): Pakatan Rakyat la 2..tak habis-habis nyusahkan orang!
kepada semua...selamat menilai....;)
"Bahasa Budaya Bangsa"
Mencuba
-
Berlapang dada.
Aku sedang cuba.
Menyebutnya mudah.
Hakikatnya sukar digambarkan.
Dalam hidup ini.
Sesuatu itu boleh jadi bukan yang kita mahukan.
Namun, Al...
4 years ago
Post a Comment