::cik im::
http://aliimranzone.blogspot.com

ISU SEMASA: Kugan, Lompat, PPSMI, Israel..

Banyak sekali isu hangat hari ini..belum pun suam bahang kemenangan PR di Kuala Terengganu muncul pula isu-isu panas yang menarik perhatian rakyat Malaysia yang peka...

Kematian Kugan sangat menggemparkan. Bukan kerana dia suspek kes jenayah ataupun berketurunan India miskin, tetapi saya melihat 'pembunuhan' di bawah kawalan Polis sebagai isu utama. Sebuah Suruhanjaya Diraja perlu dibentuk segera untuk menyiasat perkara ini kerana kes ini melibatkan pihak polis dan rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap mereka. Jika pihak berkenaan tidak mengambil tindakan sewajarnya, saya bimbang perkara tidak diingini akan berlaku. Kes ini juga membuka fikiran rakyat tentang wibawa pihak kerajaan di dalam menegakkan keadilan tanpa mengira latar bangsa!

Kes kedua melibatkan bekas Adun UMNO yang melompat parti ke dalam PKR. Bagi BN, tindakan Adun Bota itu jelas memperlihatkan sifat tidak bermoral PR memancing Adun2 BN ke dalam PR. Apa yang saya ingin nyatakan untuk dinilai secara kristis, secara zahir umum melihat 'lompat'nya Adun tersebut bukan kerana paksaan atau rasuah daripada PR, tetapi secara sukarela (jika kerana rasuah, tentu sahabat kita daripada GERAK, U. Nazree Yunus sudah awal2 report kepada BPR bukan?).

Justeru hijrah ke arah kebaikan itu bukankah suatu yang baik?. Tetapi jika ianya mempunyai agenda di belakang tabir, kita serahkan sahaja kepada Allah untuk menghisabnya. Persepsi BN dan PR berbeza, yang penting bagi saya, jika ianya berpaksikan politik, tentu sahaja ada jurang yang bersifat anjal, asalkan keadilan itu ditegakkan!

Disamping 2 kes hangat tersebut, satu lagi isu besar tidak harus dikesampingkan. Pada hari Sabtu ni jam 3 petang, Gerakan Mansuhkan PPSMI akan 'melancarkan' gerakan mereka bagi mengembalikan pembelajaran matematik dan sains ke dalam bahasa Melayu. Uniknya gerakan 'menentang' dasar kerajaan ini bukan ditunjangi oleh ahli PR, tetapi oleh bekas Pengarah DBP sendiri iaitu Dato Dr. Hassan Ahmad sambil disokong oleh ahli-ahli akademik, pejuang-pejuang bahasa, NGO dan parti-parti politik. Isunya jelas, jika kerajaan berdegil untuk meneruskan dasar PPSMI, GMP akan mengadakan demonstrasi besar-besaran ala Bersih membawa keranda 'Bahasa Melayu" menandakan terkuburnya martabat bahasa ibunda di tanah air sendiri!

Dengan pergolakan politik dalam negara yang tidak berpenghujung, kita juga dikejutkan (walau tak terkejut) dengan pencabulan gencatan senjata oleh rejim laknatullah Israel untuk terus membedil bumi Gaza. Sayangnya, tangis air mata umat islam seluruh dunia tidak manghentikan kekejaman ini. Malangnya masih ada umat Islam yang tidak peka lantas seringan2nya bentuk bantuan iaitu "DOA" juga tidak dikirimkan untuk saudara seagama mereka. Ada juga suara sumbang yang menyalahkan roket-roket dan pejuang-pejuang berani mati yang dilancarkan Hamas. Semoga Allah mengampuni dosa mereka. Dengan nama Allah, walau tidak berpeluang syahid di bumi Gaza, diri ini menyokong penuh perang JIHAD Pergerakan HAMAS!! walau dengan apa cara sekalipun!!..mereka yang terkorban dimataku adalah SYUHADA!!


"Allahummansuril Mujahidin fi Kulli Makaan.........."
4 comments:

BOLEH TAHAN GAK BUDAK JFU UM NI WAT ANALISIS....TAK LAMA LAGI KENA TANGKAP MACAM PENARIK BECA LA..HAHAHAHA.....


tangkap pun tangkapla, janji famous!..huhu


berani bangat..SYABAS!!


berani kerana benar..takut kerana salah..


::cik im::

My photo
::ialah anak kelahiran Sandakan,Sabah::menetap di Tangkak,Johor::Syariah (Fiqh dan Usul), Akademi Pengajian Islam,Universiti Malaya::

::cik im di sini::


ShoutMix chat widget

::sahabat cik im::

::saudara cik im::

::pilihan cik im::

::pelawat cik im::