Allah Selamatkanlah..
Tuesday, June 16, 2009Krisis peringkat dalaman sebuah gerakan Islam terbesar di Malaysia sudah tidak mampu disorokkan atau tidak diendahkan lagi. Keadaan semasa menunjukkan ianya begitu serius sehingga ke peringkat saranan meninggalkan saf perjuangan. Bagi saya krisis ini berlaku kerana peranan syura dipinggirkan. Muktamar tahunan baru-baru ini walaupun memenangkan golongan perpaduan namun masih kabur mengetengahkan pendirian rajih tentang isu kerajaan perpaduan.
Akhirnya kita dhidangkan dengan berita yang menyakitkan telinga tentang pertembungan ’dahsyat’ saf kepimpinan. Ahli menjadi menjadi berbelah bahagi, penyokong menjadi keliru, masyarakat menjadi tidak keruan tetapi musuh senyum bertepuk tangan. Apapun, harapan saya semua pihak terlibat kembali mengamalkan saranan agama iaitu melalui syura untuk mencari penyelesaian. Firman Allah s.w.t:
”Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan solat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan mesyuarat diantara mereka”
(surah al-Syura : 38)
Mari kita panjatkan doa agar Allah selamatkan pergerakan Islam ini dari sebarang tipu daya musuh dan perpecahan.
Tidak Wajib Berwudhu' Selepas Mandi Janabah
Tuesday, June 16, 2009
Ibnu Abdil Barr berkata:
“Orang yang mandi junub, apabila tidak berwudhu’, namun jika dia telah membasahi seluruh tubuhnya, maka ia telah melaksanakan wudhu’, berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Firman Allah s.w.t: “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat … … Jika kamu berjunub, maka mandilah.” (Surah al-Ma’idah, 5: 6)
(Allah hanya memerintahkan supaya mandi. Tidak pula berwudhu’). Ini adalah ijma’, tidak ada perbezaan di antara ulama. Namun mereka juga sepakat akan sunnah berwudhu’ sebelum mandi, kerana berdasarkan (mencontohi) perbuatan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam. Selain itu, berwudhu’ lebih mempermudahkan mandi dan menjadikan mandi lebih tersa nikmatnya.
Allah Subhanahu wa Ta’ala menjadikan mandi sebagai mengakhiri larangan solat.
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub, melainkan sekadar berlalu saja, hingga kamu mandi.” (Surah an-Nisaa’, 4: 43)
Apabila seseorang telah mandi, maka ia tidak dilarang untuk melakukan solat. Selain itu, mandi dan wudhu’ adalah dua ibadah yang sejenis, maka yang kecil masuk ke dalam yang besar. Sebagaimana Umrah masuk ke dalam Haji.
Dipetik dari: Ibnu Qudamah, al-Mughni, jil. 1, m/s. 366-367.
Rumahku Syurgaku..
Tuesday, June 16, 2009
Konsep ‘Rumahku Syurgaku’ bukan bermakna ukurannya besar kecil atau mewah miskin sesebuah rumah itu. Bahkan konsep ini meliputi 2 aspek iaitu dari segi kondisi rumah itu sendiri sebagai sebuah tempat yang selamat, aman, tenang dan mendamaikan hati.
Suami perlukan belaian dari isteri yang penyayang
Yang dapat melayani dan menghiburkannya
Serta pandai mengurus rumah tangga
Itulah harapan suami
Isteri juga sangat mengharapkan suami yang penyayang
Bertanggungjawab dan berhikmah dalam mendidik
Anak-anak akan bahagia dan tenang
Apabila ibubapanya berkasih sayang
Bertanggungjawab mengasuh dan mendidik
Ibubapa bahagia kalau anak-anaknya
Menyayangi mentaati dan memuliakan mereka
Rasa kasih murni antara suami isteri boleh rosak
Jika masing-masing tidak berakhlak
Cinta murni antara anak-anak dengan ibubapanya
Diikat kuat oleh cinta tabii
Yang semulajadi akan punah
Jika tidak disuburkan
Cinta suci akan subur
Apabila ada iman dan akhlak yang mulia
Iman dan akhlak mulialah menjadi penyebab
Membentuk keluarga yang bahagia
Dan berkasih sayang...
Sehingga lahirlah
Masyarakat
Penyayang dan negara makmur
Hasil daripada keistimewaan
Kasih sayang dalam rumah tangga
Dr. Fathi Yakan Alami Pelbagai Tribulasi yang Mematangkan Perjuangannya
Monday, June 15, 2009
Latar Belakang Kehidupan Dan Pendidikan
Pengaliran pengaruh Ikhwanul Muslimin kepada anak-anak muda termasuk aktivis kampus terutamanya adalah kerana sentuhan tulisan beliau yang sangat cerdas dan mengasyikkan peminat dunia dakwah dan harakah.
Beliau merupakan antara tokoh gerakan Islam di Lubnan dan di dunia Islam bahkan beliau merupakan antara pelopor yang mengasaskan gerakan Islam di Lubnan bersama-sama dengan lebih kurang 50 orang saudaranya yang lain sejurus selepas mereka menziarahi Dr. Mustafa As-Siba’ie Rahimahullahu di Syria.
Beliau telah menyumbang tenaga dalam mempelopori fikrah gerakan Islam di dalam dunia Arab dan beliau juga telah menyebarkan risalah-risalah dan tulisan-tulisan yang berbentuk manhaj dakwah, fikrah amal Islami ke dunia Arab dan Islam sebagai panduan generasi-generasi kebangkitan Islam dan kebanyakan daripada tulisan-tulisan beliau telah diterjemahkan dalam banyak bahasa serta diterbitkan oleh pelbagai penerbitan. Antara tulisannya yang terkenal adalah (Apakah ertinya saya menganut agama Islam), (Masalah yang berkaitan dengan Dakwah dan Pendakwah) dan banyak lagi.
Dr Fathi Yakan tidak melihat Islam dalam konteks teoritis semata-mata tetapi berjaya seorang daie mestilah hadir ditengahtengah
Dr. Fathi -Yakan pernah menimbulkan kontroversi berkaitan penglibatan gerakan Islam dalam pilihanraya. Walaupun satu ketika dahulu beliau tidak bersetuju menyertai pilihanraya, kerana ia merupakan perkara baharu yang tidak pernah berlaku di zaman baginda Raslullah SAW tetapi setelah sering gagal untuk menyatakan Islam kepada para pemerintah, beliau akhirnya akur bahawa pilihanraya adalah satu-satunya wadah penting yang dapat menguasai negara dengan Islam jika menang tanpa sebarang pertumpahan darah berlaku. Malangnya ada teman-teman daripada gerakan Islam yang turut menolak partisipasi dalam pilihanraya termasuk di
Lubnan Bukan Negara Arab Yang Membela Islam
Yang menjadi masalah di Lubnan adalah kerana menurut perjanjian Taif ialah pembahagian kuasa secara adil antara golongan-golongan yang terlibat. Oleh itu, Presiden Lubnan mesti merupakan seorang beragama Kristian Maronite, Perdana Menteri adalah dan kalangan seorang pengikur Sunah, dan Speaker Parlimen adalah daripada seorang pengikut Syiah.
Kepelbagaian pegangan agama dan mazhab, menyukarkan perkembangan Islam di Lubnan, kerana orang Islam sentiasa dicengkam dan dipandang serong oleh mereka yang beragama Kristian, khususnya merintah, ditambah pula ketidak sepakatan antara pengikut Sunni dan Syi’ah dalam banyak perkara khususnya yang melibatkan soal akidah dan pendekatan dakwah di Lubnan.
Sebenarnya Lubnan bukanlah negara subur untuk rnenerin seruan dakwah kepada Islam, tidak seperti negara-negara Arab lain yang berjiran dengannya, in kerana pegangan agama pihak berkuasa menjadi jurang yang membezakan antara mereka dengan rakyat yang menganut pelbagai pegangan aliran pemikiran lain seperti kumpulan Druze dan lain-lain yang boleh dianggap sebagai penghalang.
Kesungguhan Dr Fathi Yakan dalam mengaplikasikan Islam sebagai agama yang mesti didaulat, beliau telah menulis buku di atas ‘Apakah ertinya saya menganut Islam?’, dengan kupasan yang cukup mudah difahami bertujuan untuk menyedarkan khususnya rakyat Lubnan beragama Islam untuk kembali berpegang kepada Islam.
Pengalaman bersama al-marhum Dr Mustafa as-Siba’ie yang merupakan pengasas Gerakan Ikhwan Muslimun Syria, telah mematangkan beliau untuk menerapkan pendekatan Ikhwan di Lubnan. Tulisan dan penglibatan beliau bersama gerakan Islam dianggap mengancam kedudukan pihak berkuasa hingga beliau dipenjara malah disiksa dengan diseterika seluruh badannya hingga remuk, ada yang berpendapat bahawa umurnya lebih muda daripada tubuh badannya akibat siksaan yang menimpanya.
Kesempatan masa terluang yang ada, beliau menggunakan semaksimum dengan menulis buku-buku ilmiah berhubung dengan dakwah, justeru beliau menukar bidang pengajian daripada kejuteraan kepada pengajian Islam memandangkan keperluan dan kepentingannya untuk mengajak rakyat negaranya untuk berpegang kepada Islam.
Antara golongan yang menjadi sasaran dalam buku-buku dakwahnya ialah para remaja di kalangan pemuda dan pemudi Islam, beliau menyifatkan mereka adalah aset yang amat bernilai bagi menyambung tugas yang pernah disandang oleh para sahabat Rasulullah SAW yang majoriti terdiri daripada golongan remaja. mi disebabkan tenaga, kesungguhan yang mereka miliki mengatasi golongan-golongan yang telah tua.
Beliau boleh disifatkan sebagai tenaga dakwah yang berjaya kerana pandangan-pandangannya yang jelas mengenai manhaj, prinsip, konsep serta pendekatan dakwah pada era globalisasi ini, apatah lagi bukan daripada graduan Pengajian Islam asalnya, namun kecenderungan yang meluap-luap terhadap Islam menyebabkan beliau menukar bidang dakwah menjadi tesis Ph.D nya.
Islam, apabila ia menekankan supaya para pemuda melaksanakan matlamatnya yang menginginkan perubahan, bererti bukanlah diserahkan tugas itu kepada mana-mana generasi sahaja yang tidak mempunyai ciri-ciri tertentu, tetapi terlebih dahulu dimestikan atau dituntut supaya generasi itu mempunyai sifat-sifat Islam dan berpegang teguh dengan prinsip-prinsip Islam iaitu berkehendakkan generasi Islam yang tulen.
Pemuda ialah suatu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam tetapi orang lain mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia.
Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda tetapi pemuda-pemuda ini hanyalah yang kosong, hanyut dan terbiar; Pemuda yang tiada peribadi, bersikap seperti kera; Pemuda yang tiada mempunyai akhlak, yang lebih dekat dengan binatang; Pemuda yang dijadikan tentera oleh kuasa-kuasa jahat dan zalim, disusun oleh parti-parti kufur dan syaitan; Pemuda pondan yang tiada kebaikan pada mereka; tetapi keberkatan datang bersama pemuda yang tinggi cita-citanya.
al-Fatihah....
Perginya Seorang Pejuang..
Sunday, June 14, 2009
Bagi anggota gerakan Islam yang menekuni Amal Tarbawi bersama penglibatan mereka pasti tidak ketinggalan meneladani satu lagi kitab hasil tangan beliau yang cukup terkenal iaitu [ Apa Ertinya Saya Menganut Islam ] ما ذا يعنى إنتمائي للإسلام
Sesungguhnya pemergian beliau menyenangkan hati yahudi dan Israel laknatullah. Aapa yang penting bagi kita ialah meneruskan perjuangan menegakkan Islam agak Islam kembali di puncak seperti yang diimpikan oleh beliau dan kita semua.
* Jenazah al marhum disembahyangkan pada asar hari ahad 21 jamadul akhir 1430 hijrah di Masjid Tinal dan akan dikebumikan di perkubnran keluarga di Babur Raml. al-Fatihah
Berkumur Semasa Mandi Janabah
Sunday, June 14, 2009Masalah berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung semasa mandi janabah, termasuk dalam masalah khilaf.
Punca khilaf, kerana hadis Ummu Salamah yang bertanya Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam tentang cara mandi janabah, tidak menyebut tentang berkumur. Iaitu:
Ummu Salamah berkata: “Wahai Rasulullah, aku wanita yang mengikat jalinan sanggul kepalaku. Adakah aku patut meleraikannya untuk mandi janabah?”. Baginda bersabda: “Tidak. Cukup hanya dengan kamu mencurahkan air atas kepalamu sebanyak tiga ceduk, kemudian kamu menuangkan air ke atas kamu, maka kamu sudah menjadi suci”.
Direkod oleh Muslim (no: 330).
Masalah berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung semasa mandi janabah, termasuk dalam masalah khilaf.
Punca khilaf, kerana hadis Ummu Salamah yang bertanya Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam tentang cara mandi janabah, tidak menyebut tentang berkumur. Iaitu:
Direkod oleh Bukhari (no: 254).
Dan ada ulama yang mengatakan hadis Maimunah yang menyebut berkumur hendaklah difahami bahawa ia sunat, bukannya wajib. (Bidayah al-Mujtahid 1/40)
Oleh kerana khilaf antara sunat dan wajib, lebih aula ia dilakukan untuk keluar daripada khilaf ulama, lebih terjamin dari sudut menunaikan tanggungjawab syarak, dan bertepatan dengan sunnah baginda.
Wallahu A’lam.
rujukan; http://soaljawab.wordpress.com
The Choice
Sunday, June 14, 2009
Kepada rakan-rakan yang ingin mengetahui hujah untuk berdepan dengan pendakyah Kristian, anda dinasihati membaca buku karangan Ahmad Deedat yang terkenal bertajuk “THE CHOICE”- Islam vs Kristian yang juga terdapat di dalam versi Melayu. Antara isi kandungan buku ini:
- Ayat di dalam Bible sendiri membenarkan kemunculan Nabi Muhammad s.a.w.
- Jesus melarang umatnya mengatakan baginda Tuhan.
- Pengakuan tokoh-tokoh barat mengenai kerasulan dan keagungan Muhammad.
- Pelbagai fakta yang saling bertentangan di dalam pelbagai versi Bible sama ada di dalam Wasiat Lama atau Wasiat Baru.
- Penulis-penulis Bible menulis Bible berdasarkan ’ilham Tuhan’ tetapi saling bercanggah.
- Pelbagai pengubahsuaian secara sengaja telah dilakukan ke atas Bible.
- Al-Quran dan Muhammad penuh dengan mukjizat mengagumkan kawan dan lawan.
Dan pelbagai lagi isi menarik yang pasti menjadikan diri kita lebih yakin dengan agama suci Islam dan untuk berdepan dengan mana-mana pendakyah Kristian. Disamping itu buku ini juga sesuai untuk dihadiahkan kepada mana-mana kenalan kita berlainan agama yang mempunyai minat untuk mencari kebenaran.
Musim Kenduri..Jangan Cemarkan..
Friday, June 12, 2009
Seperti yang kita maklum, musim cuti sekolah sering dipenuhi dengan majlis kenduri kahwin. alhamdulillah, majlis kenduri kahwin bukan sahaja membina sebuah 'masjid' sebuah pasangan malah boleh merapatkan ukhwah sesama muslim dengan kegiatan rewang dan sebagainya.
Namun, dalam mencipta kebaikan bersaudara, masyarakat Melayu khususnya sering jua melakukan pelbagai perkara yang bertentangan dengan syarak. Adat-adat Hindu (tolak bersanding dengan syarat tertentu yang diputuskan harus di dalam fatwa kebanyakan negeri) masih banyak diamalkan sehingga kini. Walaupun di negeri-negeri sebelah utara dan beberapa kawasan di semenanjung sudah mula mengikis adat tersebut, majoriti masyarakat Melayu masih tidak dapat membezakan antara adat, agama, adat yang diterima agama dan adat yang ditolak oleh agama.
Bersosial dengan masyarakat amat digalakkan di dalam Islam. Tetapi jangan pula kita cemarkan dengan kutuk mengutuk, mengumpat, bergurau berlebihan, atau apa saja kata-kata dan perbuatan yang boleh menyakitkan hati mana-mana pihak sama ada yang hadir atau tidak. Apalah erti kita berbangga dengan kerja keras kita membantu sedangkan di dalam hati kita penuh dengan penyakit yang boleh membawa kita mendekati api neraka, na'uzubillah..
2 Minggu di Kedah..
Friday, June 12, 2009.

