Namun, dalam mencipta kebaikan bersaudara, masyarakat Melayu khususnya sering jua melakukan pelbagai perkara yang bertentangan dengan syarak. Adat-adat Hindu (tolak bersanding dengan syarat tertentu yang diputuskan harus di dalam fatwa kebanyakan negeri) masih banyak diamalkan sehingga kini. Walaupun di negeri-negeri sebelah utara dan beberapa kawasan di semenanjung sudah mula mengikis adat tersebut, majoriti masyarakat Melayu masih tidak dapat membezakan antara adat, agama, adat yang diterima agama dan adat yang ditolak oleh agama.
Bersosial dengan masyarakat amat digalakkan di dalam Islam. Tetapi jangan pula kita cemarkan dengan kutuk mengutuk, mengumpat, bergurau berlebihan, atau apa saja kata-kata dan perbuatan yang boleh menyakitkan hati mana-mana pihak sama ada yang hadir atau tidak. Apalah erti kita berbangga dengan kerja keras kita membantu sedangkan di dalam hati kita penuh dengan penyakit yang boleh membawa kita mendekati api neraka, na'uzubillah..
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan saya, Muliadi dan Syakir yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan baru-baru ini. Semoga berbahagia ke anak cucu dan dikurniakan dengan zuriat-zuriat yang soleh dan solehah, insyaAllah...
Sunday, June 14, 2009
mcmku kenal gambar itu...:)
Sunday, June 14, 2009
haha..artis terkenal nur hidayah berkahwin..
Monday, June 15, 2009
erm,ayt jgn cicemari dgn umpat mengumpat tue sesuai ditujukan buat killer dan si fulan..:)
Monday, June 15, 2009
erm,ayt jgn cicemari dgn umpat mengumpat tue sesuai ditujukan buat killer dan si fulan..:)
Tuesday, June 16, 2009
ape kurangnya tukang lambung dan tukang sorak..hehe
Post a Comment