::cik im::
http://aliimranzone.blogspot.com

PENDEKATAN BARU MAQASID AL-SHARIAH DALAM PENGAJIAN SYARIAH DI MALAYSIA : SATU ANALISIS



1.0 PENDAHULUAN


Penulisan ini adalah tugasan subjek Aliran Pemikiran Hukum Islam di Malaysia. Penulis diminta mengulas artikel yang bertajuk “Pendekatan Baru Maqasid al-Shariah Dalam Pengajian Syariah di Malaysia : Satu Analisis” yang telah disediakan oleh Prof. Madya Dr Rahimin Affandi Abdul Rahim dan Prof. Madya Dr Idris Awang. Daripada Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.


2.0 SINOPSIS KARYA


2.1 LATAR BELAKANG MASALAH:


Fenomena globalisasi telah memaksa institusi pendidikan Islam (Syariah) melakukan pembaharuan (tajdid) bagi menangani persoalan semasa. Ini kerana tren terkini di dalam masyarakat seolah-olah terdapat suatu kesedaran tentang sifat dinamisme hukum Islam. Oleh yang demikian, perancangan teliti perlu dilakukan oleh Institusi Pendidikan Islam bagi melahirkan modal insan yang seimbang (dunia dan akhirat). Kajian ini berkaitan perancangan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya untuk melahirkan sarjana Islam yang kompeten dan juga respon terhadap gagasan yang cuba menjadikan konsep Maqasid al-Shariah (maslahah) sebagai asas pembaharuan pemikiran hukum.


2.2 TUNTUTAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN DAN KAITANNYA DENGAN PRINSIP MAQASID AL-SHARIAH:


Umumnya, sejak dahulu lagi para penggubal dan pengamal institusi pendidikan dan perundangan Islam sentiasa berusaha melakukan reform (tajdid). Ini menjadikan insititusi pendidikan Islam sentiasa mampu memberikan imput keilmuan dan kemanusiaan yang positif kepada umat manusia.Teori ini boleh dibuktikan secara konseptual dan praktikal dengan merujuk Deklarasi Institusi Pendidikan Tinggi UNESCO dan World Declaration of Higher Education yang bersesuaian dengan prinsip-prinsip ajaran Islam.


Daripada kesemua butiran ini, khususnya yang membabitkan isu globalisasi, tanggungjawab kemanusiaan, kapasiti intelektual dan moral, ianya dilihat mampu dipenuhi oleh prinsip Maqasid al-Shariah, apa yang perlu dilakukan oleh institusi pendidikan Islam ialah:


1. Menolak sebarang bentuk keganasan (konsep jihad yang disalah erti), menghidupkan kerangka intelektualism Islam.

2. Pendekatan pertengahan (wasatiyyah).

3. Pendekatan selektif terhadap prinsip hak asasi manusia ala barat yang disamakan dengan konsep Maqasid al-Shariah. Kepentingan manusia dan masyarakat yang dijamin oleh syariah Islam didorong dengan empat intipati yang utama iaitu Jalb al-masolih, dar al-mafasid, sadd al-dharar, taghayyur al-azman.


Maslahah yang ingin dipelihara oleh Islam mengikut tahap kepentinga ialah maslahah asas (daruriyyah) yang meliputi penjagaan gama, jiwa, akal, kehormatan dan harta. Kemudian, maslahah yang diperlukan (hajiyyah) mengenai kemudahan dan kelapangan. Akhir sekali maslahah yang diperlukan untuk menjaga kehormatan hidup manusia iaitu (tahsiniyyah). Ianya melibatkan kemudahan dan kelapangan dalam menjalankan tugas dalam kehidupan.Kemuliaan akhlak dan adat yang baik. Selain itu, kepentingan yang dijaga oleh Syariah ialah kepentingan awam masyarakat terbanyak, kepentingan orang kebanyakan dan kepentingan orang perseorangan.


Konsep hak asasi manusia ala barat adalah berbeza dengan konsep Maqasid al-Shariah atau maslahah yang ingin dicapai Islam hak kerana ianya berasaskan falsafah Hedonisme, Modenisme, Pragmatism, Nasionalisme sempit, majoriti sebagai otoriti tertinggi dan mengikut tren masyarakat. Untuk mengatasi penyalahgunaan konsep Maqasid al-Shariah, fuqaha telah meletakkan garis panduan untuk beramal dengan konsep maslahah iaitu tidak boleh bertentangan dengan al_quran dan al-Sunnah, al-Qiyas, dilakukan fuqaha yang kompeten dan hendaklah mengutamakan maslahah yang lebih penting dan besar.


4. Peranan penggubal IPTA/IPTS aliran Islam memikirkan pedagogi terbaik.


2.3 ANALISIS PENDEKATAN BARU DALAM KONSEP DAN APLIKASI MAQASID AL-SHARIAH DI DALAM PENGAJIAN SYARIAH: PENGALAMAN APIUM


Terbahagi kepada 2 bahagian utama:

1) Makro: bagaimana sepatutnya pengajian Syariah dijalankan.

2) Mikro: usaha yang telah dijalankan oleh Akakdemi pengajian Islam, Universiti Malaya (APIUM).


Secara makronya, terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan untuk memperkasakan pendekatan pengajian syariah, khususnya yang membabitkan prinsip Maqasid al-Shariah di dalam disiplin usul al-fiqh, iaitu dengan membuat review terhadap bentuk dan sistem pengajian syariah, menjadikan usul al-fiqh sebagai asas, menyedari kelemahan pendekatan kajian bersifat legal formalistik (halal atau haram), pendekatan Usul al-Fiqh bentuk baru dan gabungan tiga pola pemikiran iaitu Bayani, Burhani dan Irfani.


Manakala secara mikro pula, APIUM telah menjalankan beberapa perkara untuk memperkasakan pengajian Syariah iaitu dengan membuat semakan terhadap subjek dan paradigma pengajaran Usul al-Fiqh, memperkenalkan subjek perundangan Islam yang menekankan prinsip Maqasid al-Shariah menjuruskan realiti semasa di Malaysia. Untuk itu, antar usaha yang telah dijalankan APIUM ialah memperkenalkan subjek Fiqh Malaysia, Pengantar Syariah, Hukum Islam dan Masyarakat, membentuk intelectual discourse berasaskan konsep Fiqh Malaysia serta mewujudkan subjek-subjek berkait dengan persoalan dan disiplin moden.


Selain itu, APIUM juga telah memperkenalkan subjek-subjek yang mencabar daya kritikal dan kebolehan menyelesaikan masalah serta. Untuk mengatasi masalah berfikir dan berkomukasi dengan betul, pihak universiti telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan dua subjek utama; kursus kemahiran berfikir dan berkomunikasi dan kurus PBL ( Problem Based Learning). Kemudian penekanan kepentingan mengguna, menghidupkan dan memberikan nafas baru kepada prinsip-prinsip Syariah seperti Maqasid al-Shariah, APIUM telah menggalakkan pelajar pasca siswazah menjadikan Maqasid al-Shariah sebagai landasan teori bagi menangani isu berbangkit dalam masyarakat.


Penekanan APIUM juga ialah terhadap usaha membangunkan kaedah penyelidikan hukum Islam bersifat semasa, iaitu yang menekankan tentang kepentingan penyelidikan ilmiah dalm proses pembangunan pemikiran, memperincikan kaedah mencari maklumat terperinci terhadap objek masalah, persoalan mukallaf, terbuka dengan perkembangan sains dan teknologi moden, menggalakkan kaedah penelitian hukum Islam yang dilaksanakan dalam masyarakat serta menggalakan perkaitan prinsip Maqasid al-Shariah dengan konsep Fiqh Awlawiyyat iaitu fiqh keuatamaan berdepan realiti semasa.


Sinopsis artikel Prof. Madya Dr. Rahimin Affandi bin Abdul Rahim, Pensyarah di Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM, merangkap Penyelia Disertasi penulis.

0 comments:

::cik im::

My photo
::ialah anak kelahiran Sandakan,Sabah::menetap di Tangkak,Johor::Syariah (Fiqh dan Usul), Akademi Pengajian Islam,Universiti Malaya::

::cik im di sini::


ShoutMix chat widget

::sahabat cik im::

::saudara cik im::

::pilihan cik im::

::pelawat cik im::