Talfiq
Dewasa ini amalan bertalfiq dilihat semakin berleluasa. Terdapat banyak faktor terjadinya perkara sedemikian yang antara lain berpunca daripada keterbukaan dan minat masyarakat terhadap ilmu Islam. Namun, terdapat juga sbilangan masyarakat yang mengambil ‘kesempatan’ ini untuk bermudah-mudah di alam beragama. Pendapat pelbagai mazhab dicampur aduk sesukai hati dengan memilih yang termudah, lalu diistilahkan sebagai ‘mazhab rojak’. Oleh yang demikian, keterangan tentang talfiq yang sebenarnya perlu untuk mengatasi masalah tersebut.
Wahbah al-Zuhayli: menghimpunkan antara taqlid dua imam atau lebih dalam sesuatu perbuatan di mana setiap perbuatan itu mempunyai rukun atau juz’iyyat yang mempunyai hubungan antara satu sama lain. Setiap perbuatan itu juga mempunyai hukum khas yang menjadi pokok perselisihan di kalangan ulama.
Ulamak membahagi Talfiq kepada dua iaitu:
1. Talfiq yang diharuskan
2. Talfiq yang ditolak
Talfiq yang diharuskan
Mengambil pendapat yang paling ringan di antara mazhab-mazhab dalam beberapa masalah yang berbeza.
Maksudnya ialah di dalam melaksanakan suatu amalan, seseorang melihat terlebih dahulu mazhab mana yang paling ringan untuk diamalkan dalam beberapa permasalahan yang berbeza. Contoh: semasa berwuduk mengikut mazhab Hanafi dan kemudian bersembahyang mengikut mazhab Maliki.
Pendapat ulamak-ulamak berkaitan dengan talfiq dengan cara seperti diatas adalah dibenarkan kerana dia mengamalkan pendapat yang berbeza dalam dua masalah yang berbeza iaitu wuduk dan sembahyang. Talfiq seperti ini juga dibenarkan dalam ibadah dan muamalat kerana ia sebagai keringanan dan rahmat dari Allah Taala terhadap umat Islam.
Ulamak membenarkan juga mengambil pendapat yang paling ringan antara mazhab-mazhab dalam satu masalah. Ia diamalkan pada masa yang berlainan yang tidak bergantung satu sama lain. Contohnya, Ali berwuduk menurut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh mazhab Syafie. Pada waktu lain, dia berwuduk menurut syarat-syarat yang ditetapkan oleh mazhab Hanafi.
Hal ini adalah dibenarkan kerana wuduk pertama yang menurut syarat di alam mazhab Syafie telah sempurna dan digunakan untuk satu-satu ibadah hingga selesai. Kemudian wuduk keduanya menurut Hanafi juga selesai dan digunakan untuk tujuan tertentu hingga selesai. Jelasnya ia dilakukan, sekalipun masalahnya sama tetapi dalam peristiwanya berbeza.
Menurut Dr. Wahbah al-Zuhaily, beliau mengatakan bahawa beliau mempunyai pandangan yang hampir sama dengan Imam Ibn Ziyad yang membolehkan talfiq dalam dua masalah yang berasingan. Beliau menyimpulkan dengan kata- katanya: "Sesungguhnya agama Allah itu mudah dan tidak menyulitkan, maka pendapat yang mengharuskan talfiq adalah antara hal mempermudahkan kepada manusia mengamalkan Islam”. Allah telah berfirman dalam surah al-Hajj : ayat 78 :
Maksudnya:
"Dan la (Allah) tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama."
Firman-Nya lagi dalam surah al-Baqarah : ayat 185 :
Maksudnya:
“Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan la tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.”
Bidang yang melibatkan talfiq adalah hanya di dalam permasalahan hukum yang zanni (yang ada ruang untuk diijtihadkan) bukan seperti hukum syarak yang qatie (yang tiada ruang untuk talfiq) kerana ianya tidak boleh taklid secara sepakat oleh para ulama’ bahkan tidak boleh diijtihad.
Talfiq itu berlaku hanya terhadap masalah furu’ sahaja. Furu’ dalam syarak terbahagi kepada tiga :
Pertama :
Hal yang terbina hukum itu atas asas kemudahan dan tasamuh mengikut keadaan seorang mukallaf dan berkisar dalam hal ibadah semata-mata. Perkara ini boleh ditalfiq atas sebab hajat dan keperluan.
Kedua :
Hukum yang terbina atas asas berhati-hati dan teliti. Jenis yang kedua ini ialah sesuatu yang dilarang untuk bertalfiq atas dasar ketelitian dan mengambil sikap berhati-hati.
Ketiga :
Hukum yang terbina atas keperluan hamba dan kebahagiaan mereka. Hukum yang ketiga ini adalah hal yang berkaitan dengan muamalat, hudud, harta dan munakahat.
Golongan pertengahan pula telah mengharuskan talfiq tetapi terikat dengan beberapa syarat. Syarat ini penting bagi mengelakkan daripada amalan yang boleh menyalahi prinsip hukum yang sebenar.
Antara syarat tersebut ialah:
1) Jangan sampai talfiq yang boleh membawa amalan yang menyalahi hukum yang telah diijmakkan seperti seseorang yang berkahwin tanpa wali, tanpa mahar dan tanpa saksi.
2) Amalan talfiq tidak berasaskan tuntutan nafsu dan kehendak sesuka hati, tetapi kerana pandangan lain dilihat lebih baik dan kuat.
3) Amalan talfiq tidak bertujuan mencari-cari yang mudah-mudah daripada mana-mana pandangan yang ada tanpa keperluan yang sesuai.
Talfiq yang ditolak
Talfiq yang batal dan tertolak ialah talfiq yang boleh membawa kepada menghalalkan yang haram. Ini bermakna segala hukum yang telah disepakati ulama adalah tidak boleh ditalfiqkan.
Oleh itu, antara perkara yang dilarang bukan pada zatnya tetapi bergantung kepada tiga perkara seperti :
1- Talfiq dengan sengaja iaitu mencari pendapat yang paling ringan tanpa sebab dharurat.
2- Talfiq yang dilakukan akan menafikan pendapat seorang hakim yang lain.
3- Talfiq yang dilakukan merujuk apa yang dilakukan itu secara taklid.
Di sini perlu diambil perhatian bahawa perbuatan bertaklid dalam satu amalan yang dilakukan itu dianggap batil. Manakala dalam hal muamalat, menguruskan harta dan pemuliharaan nyawa yang menjadi keperluan manusia, ianya harus melakukan amalan talfiq. Ianya hampir kepada memenuhi keperluan, kemaslahatan dan kebahagiaan manusia itu sendiri.
Keperluan manusia adalah mengikut perubahan zaman tetapi perlu memelihara lima asas keperluan iaitu agama, diri/nyawa, nasab, akal, harta. Kelima-lima itu membawa maksud kehendak syarak yang mesti berasaskan dari dalil Quran, hadith atau ijma’. Ianya “masalih wal mursalah” yang diterima.
Bagi yang menghalang penggunaan talfiq, secara umumnya mereka memberi alasan bahawa keizinan bertalfiq akan memberi ruang kepada orang yang tidak bertanggungjawab pada agama atau memilih mana-mana hukum yang paling ringan daripada pandangan-pandangan hukum yang ada.
Faktor-faktor penolakannya
Pertama:
Sengaja mencari-cari yang mudah-mudah iaitu dengan mengambil dari setiap mazhab mana yang lebih mudah tanpa darurat dan uzur. Ini dilarang kerana boleh membawa kepada terungkai ikatan dan taklif Syar'i. Lebih-lebih lagi mencari yang mudah dengan tujuan suka-suka dan demikian juga mengambil pendapat-pendapat yang dhaif bagi setiap mazhab semata-mata menurut hawa nafsu.
Kedua:
Talfiq yang membawa kepada pembatalan hukum atau keputusan hakim adalah dilarang kerana keputusan hakim berfungsi menghapus kekhilafan atau mengenepikan perselisihan bagi tujuan menolak kecelaruan.
Ketiga:
Talfiq yang membawa kepada penarikan balik (rujuk) dari amalan yang telah ditaqlid atau dari sesuatu yang diijma' yang mengikat perkara yang ditaqlidkan. Contohnya seperti seseorang yang bertaqlid kepada mazhab Hanafi tentang nikah tanpa wali, akad nikah itu menyebabkan sah talak. Ertinya apabila sah nikahnya maka sahlah talaknya berdasarkan kepada ijma' ulama.
Jika individu tersebut menceraikan isterinya dengan talak tiga, kemudian dia hendak bertaqlid kepada mazhab Syafie tentang tidak jatuh talak kerana nikah tanpa wali, maka talfiq seperti ini tidak harus kerana ia merupakan sebagai rujukan dari taqlid. Pendapat yang tidak mengharuskan ini bukan kerana talfiq sahaja bahkan disebabkan oleh penarikan balik dari apa yang telah ditaqlidkan selepas beramal dengannya di samping kekal kesannya.
Wahbah al-Zuhaili mengatakan bahawa pendapat ini perlu ditegaskan sebagai berhati-hati dalam kes-kes nasab. Kalau tidak, nescaya akan terjadilah perhubungan yang dahulu itu dikira haram dan kelahiran anak-anak itu dikira zina. Maka wajarlah ditutup segala pintu yang boleh membawa kepada musibah dalam hal semacam ini seperti nikah atau dalam setiap perkara yang membawa kepada mempersendakan hukum agama atau memudharatkan manusia atau kerosakan.
Namun dalam hal ibadat dan taklif-taklif yang Allah tidak menyulit dan menyukarkan hamba-Nya, amalan talfiq tidak dilarang selama mana tidak membawa kepada terkeluar daripada landasan Syarak dan juga maqasid al-Syariah.
Thursday, February 11, 2010
Salam,
Mungkin yg ni boleh menambahkan sedikit ilmu:
http://www.youtube.com/watch?v=91JuITjpwrM
Dijemput melawat www.darulkautsar.net
Saturday, September 04, 2010
Salam,
sekadar pendapat
Ramai di kalangan manusia kini sudah mahu menggunakan talfiq tanpa punya ilmu yang cukup.
Mazhab syafei pun tak lepas,mahu bertalfiq sudah.
Berwudhu' pun punya cacatnya,sudah mahu menggunakan talfiq.
Moga kita terselamat dosa.
Sunday, March 27, 2011
salam,sy nak tau contoh2 tuk talfiq yg dilarang,tuk membolehkn sy lebih faham mengenai talfiq.
Wednesday, March 20, 2013
Published great posting! I seriously appreciated looking at the idea, tonsil stones you can be a good artice writer.I may make sure you bookmark your blog Satellite direct and may regularly visit sooner or later. I have to strongly encourage a person go on your own terrific blog posts, enjoy a very good vacation penis advantage review few days!
Friday, May 10, 2013
Planning for a family is an exciting and commendable undertaking. The surgery is much less expensive than IVF at about $7000 or less per procedure. This condition does not mean a woman is necessarily infertile, many women with endometriosis still conceive.
http://pregnancyhelper.in/societal-pressure.html
Sunday, October 25, 2015
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Post a Comment