Tanggal 16 Syaaban 1430h pulangnya tokyam tersayang kerahmatullah. Tokyam yang menderita pelbagai jenis penyakit akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada petang Jumaat di rumah maklong di Padang Serai, Kedah.
Mengimbau kenangan, tokyam adalah atok yang paling rapat dengan aku. aku rapat dengan tokyam kerana pada usia kecil aku tinggal bersama tpkyam di kampung. Tokyam suka memasakkan aku roti jala sambal telur, kuih lopes dan bubur warna-warni yang memang menjadi kegemaran sejak kecil. Sehingga besar pun, jika aku katakan teringin sesuatu, pasti tokyam akan berusaha menyediakannya. Masakan tokyam bagi aku memang tiada tandingannya.
Namun sudah agak lama aku tidak berbual mesra dengan tokyam. Sejak beliau jatuh sakit beberapa tahun lalu, tokyam sudah jarang sangat bercakap. Aku juga sedikit terkilan tidak dapat bersama-sama beliau saat terakhir umurnya. Kalimah terakhir yang aku dengar daripada mulutnya ialah pada beberapa bulan lepas apabila ditanyakan oleh emakku adakah beliau masih mengenail siapa orang di hadapannya, tokyam menjawab " kenal ai....imran...". kalimah itu sangat menyentuh hati kerana beliau memang sudah tidak mahu bercakap dengan sesiapaun saat itu...
Terlalu banyak kenanganku bersama tokyam. aku digelar cucu kesayangan beliau sehingga ada pakcik makcik yang cemburu dengan status itu. tokyam memang atok yang sangat baik. Aku tidak akan mampu melupakan saat-saat indah bersama beliau. saat aku mengucupi beliau buat kali keakhir, aku teringat kata-kata yang selalu diulang beliau satu masa dulu "im....atok doakan im jadi seorang ulama satu hari nanti...jadi orang yang berguna kepada masyarakat.." aku menahan sebak waktu itu....
Semoga roh Almarhumah Hajjah Asiah binti Mohd Tahir dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman...ALLAHUMMAGFIRLAHA WARHAMHA WA'AFIHA WA'FUANHA...
Sunday, August 09, 2009
"im....atok doakan im jadi seorang ulama satu hari nanti...jadi orang yang berguna kepada masyarakat.." (Doa dariku untuk mu jua, semoga dipermudahkan segalanya.....)
Monday, August 10, 2009
amiin....rmainya org syg adek k.n ni...:)
Wednesday, August 12, 2009
al-fatihah buat tok yam...
Post a Comment