Dalam Al-Mufassal Dr Abb Karim Zaidan ada disebutkan satu bab khas mengenai kaki dengan tajuknya : “Adakah kaki wanita dikira sebagai aurat?” (Rujuk Al-Mufassal fi Ahkam al-Mar ah wa al-bait al-Muslim fi al-Syari’ati al-Islamiah , Jilid 3 , masalah 2282 , ms.198)
Beliau mengatakan bahawa masalah menganggap kaki wanita sebagai aurat atau tidak adalah perkara yang menjadi khilaf dikalangan ulama mazhab.Ringkasnya :
1. Mazhab Hanafi mengatakan kaki wanita adalah tidak termasuk dalam lingkungan aurat.
2. Mazhab Maliki pula terbahagi kepada 2. Sebahagian ulamanya mengatakan tidak aurat dan sebahagian yang lain mengatakan aurat.Walaubagaimana pun pendapat yang muktamad dalam mazhab maliki ialah kaki bukan aurat.
3. Mazhab Syafi’e pula mengatakan ianya sebagai aurat.
4. Mazhab Hambali pula menghukumkan kaki wanita sebagai aurat.
Pendapat yang Rajih :
Pendapat yang dipilih oleh As-Syaikh Dr.Abd Karim Zaidan dalam Ensiklopedianya tersebut ialah kaki wanita dikira sebagai aurat dan wajiblah bagi setiap wanita itu untuk menutupnya , kecuali jika terdapatnya hajat atau keperluan yang menyukarkan wanita tersebut untuk menutup kakinya, maka dalam hal ini ianya dibolehkan untuk tidak menutupnya.
Dalam hal , tetamu yang datang berkunjung ke rumah , adalah lebih baik jika dapat diusahakan untuk ditutup kaki tersebut dengan apa cara sekali pun , samada dengan memakai stokin atau pun melabuhkan pakaian / kain hingga menutupi kaki tersebut.Ini kerana pada pandangan kami , kami tidak nampak sebarang masyaqqah yang menjadi penghalang daripada menutup kaki tersebut , yang mana berbeza keadaannya dengan wanita yang menguruskan kerja-kerja dapur atau kenduri-kendara yang sememangnya mempunyai masyaqqah yang menyukarkan.
Post a Comment