::cik im::
http://aliimranzone.blogspot.com

PENDEKATAN BARU MAQASID AL-SHARIAH DALAM PENGAJIAN SYARIAH DI MALAYSIA : SATU ANALISIS

Wednesday, November 04, 2009


1.0 PENDAHULUAN


Penulisan ini adalah tugasan subjek Aliran Pemikiran Hukum Islam di Malaysia. Penulis diminta mengulas artikel yang bertajuk “Pendekatan Baru Maqasid al-Shariah Dalam Pengajian Syariah di Malaysia : Satu Analisis” yang telah disediakan oleh Prof. Madya Dr Rahimin Affandi Abdul Rahim dan Prof. Madya Dr Idris Awang. Daripada Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.


2.0 SINOPSIS KARYA


2.1 LATAR BELAKANG MASALAH:


Fenomena globalisasi telah memaksa institusi pendidikan Islam (Syariah) melakukan pembaharuan (tajdid) bagi menangani persoalan semasa. Ini kerana tren terkini di dalam masyarakat seolah-olah terdapat suatu kesedaran tentang sifat dinamisme hukum Islam. Oleh yang demikian, perancangan teliti perlu dilakukan oleh Institusi Pendidikan Islam bagi melahirkan modal insan yang seimbang (dunia dan akhirat). Kajian ini berkaitan perancangan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya untuk melahirkan sarjana Islam yang kompeten dan juga respon terhadap gagasan yang cuba menjadikan konsep Maqasid al-Shariah (maslahah) sebagai asas pembaharuan pemikiran hukum.


2.2 TUNTUTAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN DAN KAITANNYA DENGAN PRINSIP MAQASID AL-SHARIAH:


Umumnya, sejak dahulu lagi para penggubal dan pengamal institusi pendidikan dan perundangan Islam sentiasa berusaha melakukan reform (tajdid). Ini menjadikan insititusi pendidikan Islam sentiasa mampu memberikan imput keilmuan dan kemanusiaan yang positif kepada umat manusia.Teori ini boleh dibuktikan secara konseptual dan praktikal dengan merujuk Deklarasi Institusi Pendidikan Tinggi UNESCO dan World Declaration of Higher Education yang bersesuaian dengan prinsip-prinsip ajaran Islam.


Daripada kesemua butiran ini, khususnya yang membabitkan isu globalisasi, tanggungjawab kemanusiaan, kapasiti intelektual dan moral, ianya dilihat mampu dipenuhi oleh prinsip Maqasid al-Shariah, apa yang perlu dilakukan oleh institusi pendidikan Islam ialah:


1. Menolak sebarang bentuk keganasan (konsep jihad yang disalah erti), menghidupkan kerangka intelektualism Islam.

2. Pendekatan pertengahan (wasatiyyah).

3. Pendekatan selektif terhadap prinsip hak asasi manusia ala barat yang disamakan dengan konsep Maqasid al-Shariah. Kepentingan manusia dan masyarakat yang dijamin oleh syariah Islam didorong dengan empat intipati yang utama iaitu Jalb al-masolih, dar al-mafasid, sadd al-dharar, taghayyur al-azman.


Maslahah yang ingin dipelihara oleh Islam mengikut tahap kepentinga ialah maslahah asas (daruriyyah) yang meliputi penjagaan gama, jiwa, akal, kehormatan dan harta. Kemudian, maslahah yang diperlukan (hajiyyah) mengenai kemudahan dan kelapangan. Akhir sekali maslahah yang diperlukan untuk menjaga kehormatan hidup manusia iaitu (tahsiniyyah). Ianya melibatkan kemudahan dan kelapangan dalam menjalankan tugas dalam kehidupan.Kemuliaan akhlak dan adat yang baik. Selain itu, kepentingan yang dijaga oleh Syariah ialah kepentingan awam masyarakat terbanyak, kepentingan orang kebanyakan dan kepentingan orang perseorangan.


Konsep hak asasi manusia ala barat adalah berbeza dengan konsep Maqasid al-Shariah atau maslahah yang ingin dicapai Islam hak kerana ianya berasaskan falsafah Hedonisme, Modenisme, Pragmatism, Nasionalisme sempit, majoriti sebagai otoriti tertinggi dan mengikut tren masyarakat. Untuk mengatasi penyalahgunaan konsep Maqasid al-Shariah, fuqaha telah meletakkan garis panduan untuk beramal dengan konsep maslahah iaitu tidak boleh bertentangan dengan al_quran dan al-Sunnah, al-Qiyas, dilakukan fuqaha yang kompeten dan hendaklah mengutamakan maslahah yang lebih penting dan besar.


4. Peranan penggubal IPTA/IPTS aliran Islam memikirkan pedagogi terbaik.


2.3 ANALISIS PENDEKATAN BARU DALAM KONSEP DAN APLIKASI MAQASID AL-SHARIAH DI DALAM PENGAJIAN SYARIAH: PENGALAMAN APIUM


Terbahagi kepada 2 bahagian utama:

1) Makro: bagaimana sepatutnya pengajian Syariah dijalankan.

2) Mikro: usaha yang telah dijalankan oleh Akakdemi pengajian Islam, Universiti Malaya (APIUM).


Secara makronya, terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan untuk memperkasakan pendekatan pengajian syariah, khususnya yang membabitkan prinsip Maqasid al-Shariah di dalam disiplin usul al-fiqh, iaitu dengan membuat review terhadap bentuk dan sistem pengajian syariah, menjadikan usul al-fiqh sebagai asas, menyedari kelemahan pendekatan kajian bersifat legal formalistik (halal atau haram), pendekatan Usul al-Fiqh bentuk baru dan gabungan tiga pola pemikiran iaitu Bayani, Burhani dan Irfani.


Manakala secara mikro pula, APIUM telah menjalankan beberapa perkara untuk memperkasakan pengajian Syariah iaitu dengan membuat semakan terhadap subjek dan paradigma pengajaran Usul al-Fiqh, memperkenalkan subjek perundangan Islam yang menekankan prinsip Maqasid al-Shariah menjuruskan realiti semasa di Malaysia. Untuk itu, antar usaha yang telah dijalankan APIUM ialah memperkenalkan subjek Fiqh Malaysia, Pengantar Syariah, Hukum Islam dan Masyarakat, membentuk intelectual discourse berasaskan konsep Fiqh Malaysia serta mewujudkan subjek-subjek berkait dengan persoalan dan disiplin moden.


Selain itu, APIUM juga telah memperkenalkan subjek-subjek yang mencabar daya kritikal dan kebolehan menyelesaikan masalah serta. Untuk mengatasi masalah berfikir dan berkomukasi dengan betul, pihak universiti telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan dua subjek utama; kursus kemahiran berfikir dan berkomunikasi dan kurus PBL ( Problem Based Learning). Kemudian penekanan kepentingan mengguna, menghidupkan dan memberikan nafas baru kepada prinsip-prinsip Syariah seperti Maqasid al-Shariah, APIUM telah menggalakkan pelajar pasca siswazah menjadikan Maqasid al-Shariah sebagai landasan teori bagi menangani isu berbangkit dalam masyarakat.


Penekanan APIUM juga ialah terhadap usaha membangunkan kaedah penyelidikan hukum Islam bersifat semasa, iaitu yang menekankan tentang kepentingan penyelidikan ilmiah dalm proses pembangunan pemikiran, memperincikan kaedah mencari maklumat terperinci terhadap objek masalah, persoalan mukallaf, terbuka dengan perkembangan sains dan teknologi moden, menggalakkan kaedah penelitian hukum Islam yang dilaksanakan dalam masyarakat serta menggalakan perkaitan prinsip Maqasid al-Shariah dengan konsep Fiqh Awlawiyyat iaitu fiqh keuatamaan berdepan realiti semasa.


Sinopsis artikel Prof. Madya Dr. Rahimin Affandi bin Abdul Rahim, Pensyarah di Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM, merangkap Penyelia Disertasi penulis.

Read On 0 comments

Juara Lagi!

Tuesday, October 20, 2009
Pertamanya dipanjatkan syukur tidak terhingga kehadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah rahmatNya kami terus mengungguli tempat pertama untuk kali ketiga berturut-turut pada Pesta ko-k UM.





Sekalung tahniah buat seluruh warga Cekak Hanafi UM yang menyumbang sama ada dari sudut tenaga, masa, sokongan, doa dan sebagainya.

Seperti biasa, setiap kali persembahan ada kesilapan-kesilapan kecil yang tidak dapat dielak, walau sedikit mencacatkan, namun realiti ianya mampu menjadi memori indah yang akan dikenang selamanya.


Ini kali ke-5 saya menyertai demo pesta Ko-k, masih samar difikiran saya adakah semester hadapan masih dapat menyumbang tenaga. Pelajar silih berganti, mungkin tenaga pengajar juga perlu untuk perubahan. Apapun, kelas Silat Cekak Hanafi di UM ini akan tetap menyimpan seribu kenangan indah yang tidak akan mampu dilupakan.







Read On 3 comments

Corat-Coret Bagan Pinang

Wednesday, October 14, 2009












Tahniah diucapkan kepada yang berjaya! Penghargaan buat seluruh jentera yang bertungkus lumus memastikan kemenangan walaupun tanpa mendapat apa-apa imbuhan. Usaha ini ikhlas kerana Allah, bukan kerana wang, harta atau pangkat. Semoga usaha keras diberkati Allah. ..amin...

Kepada Tok Guru Nik Aziz, siapa cakap perjuangan kami tak membawa ke syurga??!..LU PIKIRLA SENDIRI!!

"Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikan, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu"

(Surah Al-Baqarah : 283)




Read On 0 comments

Antara Sukan dan Hukum

Tuesday, October 13, 2009

Sesungguhnya Islam adalah agama yantg bersesuaian dengan fitrah bukan nafsu manusia. Di dalam aspek riadah atau sukan, Islam sama sekali tidak melarang malah menggalakkannya. "(al-aql salim fi al-jism salim) akal yang cergas terletak kepada tubuh badan yang sihat"

Namun, sebagai hamba yang mengaku beriman kepada-NYA, kita semestinya tidak dapat lari daripada (hududullah) iaitu batas-batas yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Bersukan di dalam Islam tidak sampai menggadaikan prinsip-prinsip asas seperti menutup aurat, persentuhan lelaki dan wanita bukan muhrim dan sebagainya. Riadhah dan hukum tidak boleh dipisahkan sama sekali.


Firman ALLAH SWT:


“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yg beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar);...................”

(Surah AL-AHZAB: 59)


Sabda Rasulullah SAW:


”Sesungguhnya yang termasuk di dalam golongan ahli neraka itu adalah perempuan yang (zahirnya) berpakaian, tetapi (hakikatnya) bertelanjang yang suka kepada maksiat serta menarik perhatian orang lain untuk melakukan maksiat bersama mereka, mereka ini tidak akan masuk syurga bahkan tidak akan dapat mencium baunya”

(Hadis Riwayat Muslim)





Read On 0 comments

Tahniah UM! Kini dalam ranking 200 terbaik dunia

Thursday, October 08, 2009


sumber : mstronline.com
Read On 2 comments

Tidur dari Perspektif Rasulullah S.A.W dan Perkaitannya dengan Sains.

Monday, October 05, 2009

Tidur juga menjadi sebahagian daripada aktiviti harian Rasulullah s.a.w. sebagai manusia biasa. Walaubagaimanapun, tidur Rasululullah s.a.w mempunyai cara dan tujuannya yang tersendiri. Ini kerana tidur Rasulullah s.a.w merupakan cara tidur yang terbaik dari segi kesihatan. Begitu juga, setiap waktu atau masa tidur baginda turut bermakna dari sudut kesihatan. Bahkan ilmu perubatan Baginda s.a.w. telah muncul lebih dahulu sebelum lahirnya ilmu kedoktoran yang berkembang seperti sekarang. Al-Imam Ibn al-Qayyim berkata, “Barangsiapa yang memerhatikan tidur dan bangun Baginda s.a.w., nescaya mereka akan mengetahui bahawa tidur Baginda tersebut tidur yang paling profesional dan paling bermanfaat untuk badan, organ, dan kekuatan.


Rasulullah juga mengakui bahawa tidur amat penting kepada manusia biasa. Ini kerana tidur merupakan salah satu sifat tabii semula jadi manusia. Ianya diperkukuhkan lagi di dalam hadith Nabi s.a.w di bawah yang berbunyi :

Maksudnya :

Anas bin Malik r.a berkata : Terdapat tiga orang lelaki telah datang mengunjungi rumah-rumah Nabi bertujuan bertanya tentang ibadah-ibadah Baginda. Apabila mereka diberitahu (tantang ibadah Nabi), Mereka mengira ibadah Nabi itu masih sedikit (mereka memandang sedikit apa yang dilakukan oleh Nabi) dan berkata : Apalah kita ini jika dibandingkan dengan Baginda, sedangkan Baginda diampuni oleh Allah segala dosa-dosanya baik yang telah lalu mahupun yang akan datang (maksum). Lantaran itu salah seorang daripada mereka berkata : Saya akan beribadah dan sembahyang sepanjang malam, seorang lagi yang lain berkata : Saya akan berpuasa sepanjang tahun, dan tidak berbuka, manakala yang ketiga pula berkata : Saya akan menjauhi wanita-wanita dan tidak akan berkahwin selama-lamanya. Tidak berapa lama selepas itu tiba-tiba Baginda muncul lalu bersabda : Kamu semuakah yang berkata begitu dan begini tadi? Sesungguhnya akulah dari kalangan kamu yang lebih takutkan Allah dan lebih bertaqwa kepadanya, Namun aku berpuasa dan aku berbuka. Aku sembahyang dan aku juga tidur, aku juga berkahwin dan mendekati isteri-isteriku. Barang sesiapa tidak mahu mengikut sunnahku, ia bukan dari kalanganku.

Hadith di atas bukanlah dalil yang mengharamkan keghairahan seseorang untuk melakukan ibadat kepada Allah. Serta tidak menjadi halangan seseorang itu hendak berlebih-lebihan dalam melakukan ibadat kepada Allah dengan tujuan untuk mendapat keredaan daripada Allah. Sebaliknya, hadith di atas melarang seseorang untuk melakukan ibadat yang terkeluar dari fitrah manusia, dengan menzalimi kehendak diri sendiri sebagai seorang manusia biasa. Sebagai contoh, Nabi telah melarang tiga pemuda tersebut yang mahu menghabiskan masa untuk beribadat kepada Allah, sehingga ada yang akan beribadah dan sembahyang sepanjang malam (tanpa tidur), akan berpuasa sepanjang tahun serta tidak berbuka, dan akan menjauhi wanita-wanita dan tidak akan berkahwin selama-lamanya.

Sebenarnya tidur juga boleh dijadikan satu amalan beribadat kepada Allah s.w.t. bersesuaian dengan nasihat Nabi s.a.w kepada Fatimah. Satu peristiwa anak Rasulullah s.a.w. iaitu Fatimah pernah menemui ayahandanya untuk meminta tawanan perang sebagai pembantu rumah kerana penat melakukan tugasan rumah tangga, tetapi tidak dipenuhi Baginda s.a.w. Sebaliknya, Baginda s.a.w. mengajarkan Fatimah cara yang lebih baik daripada itu, iaitu mengamalkan zikir pada waktu hendak tidur dengan membaca pujian kepada Allah (Subhanallah sebanyak 33 kali) dengan diikuti Alhamdulillah dan Allahuakbar.

Seseorang juga boleh mengamalkan zikir tersebut sambil memohon kebaikan serta kesejahteraan daripada Allah s.w.t., atau dengan cara lain ialah membaca surah yang digalakkan seperti al-Fatihah, ayat Kursi, tiga ‘Qul’ dan doa sebelum tidur bagi mengelak gangguan.

Ciri-Ciri Tidur Nabi s.a.w. dan Perkaitannya Dengan Sains


Posisi tidur Nabi s.a.w adalah dalam keadaan mengiring ke sebelah kanan.
Kemudian baginda s.a.w. akan berpaling tertumpu sedikit pada sisi kiri, supaya dengan posisi tersebut proses pencernaan akan lebih cepat berlaku disebabkan oleh kecondongan lambung badan di atas hati. Kemudian baginda akan kembali tidur tertumpu pada sisi kanan seperti mula-mula tadi, agar makanan dapat segera larut dari lambung tersebut, jadi posisi permulaan dan posisi terakhir tidur bertumpu pada sisi kanan. Selain bermanfaat bagi pencernaan, terdapat juga tiga manfaat lain yang dapat diambil dari posisi tidur mengiring ke sebelah kanan, iaitu :

Tidur dalam keadaan mengiring dapat membantu perlancaran perjalanan nafas ketika tidur, ini kerana ianya dapat mencegah lidah jatuh ke belakang yang dapat menyumbat perjalanan nafas. Sebaliknya, jika tidur dalam keadaan posisi terlentang, ianya akan mengakibatkan relaksasi lidah ketika tidur dan akan mengakibatkan perjalanan nafas terhalang, serta akan menonjolkan suara ke luar yang dinamakan berdengkur.


Orang yang berdengkur akan mengakibatkan tubuh badan kekurangan oksigen.
Malah kadang-kadang nafas boleh terhenti untuk beberapa detik yang akan mengakibatkan orang yang tidur dengan posisi tersebut terbangun dari tidur. Orang tersebut biasanya akan selalu terjaga dari tidur kerana kekurangnya oksigen sampai ke otak, dan tentunya ianya akan mengganggu proses tidur seseorang.

Seterusnya, tidur secara mengiring ke sebelah kanan akan membuat jantung kita tidak menimpa ke atas organ lain, ini kerana posisi jantung berada lebih ke sebelah kiri dada. Sebaliknya jika tidur yang tertumpu pada sisi kiri akan menyebabkan curahan jantung yang berlebihan kerana darah yang masuk ke atrium lebih banyak. Ini kerana, paru-paru kanan berada di atas sedangkan paru-paru kanan mampu menerima kemasukan darah yang lebih banyak dari paru-paru kiri.

Bagi sudut kesihatan pula, paru-paru kiri lebih kecil dibandingkan dengan paru-paru kanan. Jika tidur mengiring ke sebelah kanan, jantung akan jatuh ke sebelah kanan, cara ini tidak akan mendatangkan masalah kerana paru-paru kanan lebih besar. Lain halnya pula kalau tidur yang tertumpu kepada sebelah kiri, jantung akan menekan paru kiri yang berukuran kecil, secara tidak lansung ianya akan mendatangkan masalah dari segi kesihatan.

Selain posisi tidur yang mengiring ke kanan, Baginda s.a.w juga meluruskan punggungnya pada saat tidur, manfaatnya adalah supaya organ-organ dalam badan tidak tegang dan tertekan, serta posisi tersebut juga melancarkan peredaran darah.

Selain itu, Baginda s.a.w juga akan membengkok sedikit kaki ketika tidur.
Keadaan tersebut seperti yang dilakukan oleh doktor sekarang, dimana ianya akan meminta pesakitnya membengkokan kaki semasa doktor tersebut mahu memeriksa perut pesakit. Fungsi tersebut adalah untuk mengendurkan otot-otot perut sehingga lebih mudah untuk diperiksa. Oleh itu dengan membengkok kaki sedikit pada saat tidur ianya akan menolong organ-organ dan otot-otot perut untuk berehat lebih sempurna, sehingga tidur kita akan lebih nyaman dan selesa.

Selain dari keadaan seperti di atas, Baginda Rasulullah s.a.w juga menggunakan telapak tangan sebagai bantal. Kita tentu sering mendengar bahawa posisi leher sangat mempengaruhi kualiti tidur. Kerana leher yang tidak lurus pada saat tidur akan menyebabkan sakit leher pada ketika bangun. Dan biasanya kesakitan tersebut berlarutan beberapa lama sehingga mengganggu aktiviti seharian. Oleh itu kita dapat lihat Maha Suci Allah yang menciptakan tangan sedemikian rupa sehingga apabila kita melihat orang yang tidur dengan telapak tangan, maka tercipta satu garis lurus antara kepala, leher dan juga punggung.




Read On 1 comments

::cik im::

My photo
::ialah anak kelahiran Sandakan,Sabah::menetap di Tangkak,Johor::Syariah (Fiqh dan Usul), Akademi Pengajian Islam,Universiti Malaya::

::cik im di sini::


ShoutMix chat widget

::sahabat cik im::

::saudara cik im::

::pilihan cik im::

::pelawat cik im::