::cik im::
http://aliimranzone.blogspot.com

Terkejut Beruk!

Kita rakyat biasa terkejut bila Perdana Menteri tersayang, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa terkejut dengan tahap kezaliman dan tindakan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh ceti haram atau ah long terhadap mangsa mereka yang gagal melunaskan hutang


Mana tidak terkejutnya. Kita yang betul-betul rakyat ini sudah lama terkejut dengan pembunuhan terhadap kanak-kanak. Ingat arwah Nurin Jazlin? Kita sudah lama terkejut dengan kes-kes ragut dan pecah rumah. Kita terkejut dengan kekejaman pembunuhan model Mongolia. Pendek kata hari-hari kita terkejut. Bangun pagi tidur malam asyik terkejut.

Itu baru hal jenayah saja kita terkejut. Hal-hal dasar pun banyak yang kita terkejut. Kiranya rakyat Malaysia adalah rakyat yang paling selalu terkejut. Harga ayam naik kita terkejut, harga minyak naik kita terkejut, harga tol naik kita terkejut. Macam-macamlah kejutan.

Jadi, bila kita dapat tahu pemimpin rakyat kita terkejut, kita pun terkejut dan tepuk dahi: Laaaa baru nak terkejut!






4 comments:

lawak lah hang nya ayt=) bersyukur lh kita dpt prdana mnteri rakyat...haha


1 malaysia: rakyat dipergunakan, pencapaian diangn-angan mat jeninkan


one malaysia?satu logan ala-ala formulaone..hehe..lawakla paktoya nie...lain kali nak buat slogan tanyelah pada yang pakar dulu..


haha..bdk2 ni dok kutuk najib rupenye..xpasan..


::cik im::

My photo
::ialah anak kelahiran Sandakan,Sabah::menetap di Tangkak,Johor::Syariah (Fiqh dan Usul), Akademi Pengajian Islam,Universiti Malaya::

::cik im di sini::


ShoutMix chat widget

::sahabat cik im::

::saudara cik im::

::pilihan cik im::

::pelawat cik im::