::cik im::
http://aliimranzone.blogspot.com

Pesta Pendidikan Kokurikulum Sem 2 2008/09

From: www.cekakhanafi.com

Pada hari khamis 9 April 2009 yang lalu, Universiti Malaya Kuala Lumpur telah megadakan Pesta Pendidikan Kokurikulum Semester 2, Sesi 2008/09. Pesta berformat pertandingan ini telah diadakan di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya. Kejohanan disertai oleh kesemua subjek yang bernaung di bawah Seksyen Kokurikulum Universiti Malaya dan dibahagikan kepada 3 kategori utama iaitu Pameran, Persembahan Kebudayaan dan kategori Umum Persembahan.




Dengan izin dan kurnia Allah SWT, alhamdulillah pasukan Demonstrasi daripada Kelas Latihan Silat Cekak Hanafi Universiti Malaya telah berjaya memenangi tempat pertama bagi kategori Umum Persembahan. Kategori Umum Persembahan ini melibatkan pasukan-pasukan wajadiri seperi Silat Gayung Fatani, Silat Olahraga, Kung Fu, Karate-Do, Silambam dan sebagainya. Ianya turut disertai oleh subjek-subjek bukan wajadiri yang terdapat di Universiti Malaya. Untuk makluman, ini adalah kali kedua berturut-turut Silat cekak Hanafi Universiti Malaya mengungguli kategori tersebut, tahniah diucapkan!



Sebagai wakil daripada barisan Tenaga Pengajar dan rakan-rakan seperjuangan di Kelas Latihan Silat Cekak Hanafi Universiti Malaya, saya merasakan kemenangan kali ini amat bermakna bagi kami kerana ianya bukan saja memberikan bonus tambahan atas usaha kami selama ini, malah berjaya menaikkan semangat rakan-rakan untuk terus memartabatkan Silat Cekak Hanafi di kampus Universiti Malaya. Saya juga ingin mengambil kesempatan menyeru kepada rakan-rakan seperjuangan di luar sana, ayuh kita rapatkan saf perjuangan bersama kepimpinan persatuan, kita atur langkah SEGERAK SEARAH, mendepani cabaran mencipta kegemilangan. Silat ini harus dijulang ketempat yang selayaknya.

Hidup Cekak Hanafi!

Muhd Imran bin Abd Razak

Kelas Latihan Silat Cekak Hanafi

Universiti Malaya, Kuala Lumpur





8 comments:

Tahniah..
2kali bErturut2 mng pErsmbhn tErbaik...

huhu...
kls silat pn dh abEs tok sEm ni...
ntah la sEdih jgk la nk tgglkn kls slt ni sbb byk kngn+pEristiwa yg jd.. pht+manis...

Thanks kt Abg Imran yg slalu jd lauk Abg Mi tok tnjk buah kt ktorg...

Thanks kt sumE tng pEngajar:
Kak Piejod,Abg Sham,Abg Yus,Abg Imran,Abg Mi...
~Jasamu dikEnang~

Thanks kt sumE kwn2 jgk yg jd kn kElas Silat ni gEmpak+sEronok...

sEmoga pErshbtn+ukhwah yg tErjalin antara ktE sumE bErtErusan...

..Gud Luck tok Final Exam..


:) gd luck utk yana jgk...

thanx...


tahniah bajak power rangers


hehe.."bajak" ..sebuah gelaran yang pling best..hihi


waa..abg im, mne gmbr kmi bertiga ni?huhu..sdey tau...
tp xpelah, akhrnye bjaya gak kte jdi johan kan... tahniah untuk sume especially untuk tenaga pngajar... ktorg xde wat pape pun..hehe
Silat Cekak Hanafi UM da best!!


hehe..artikel ni diamek trs dr cekakhanafi.com, sorila xde gmbr korg..ish ape ckp cm2, ats usaha kite sume la..tnpa korg xjdi pape gak..thanx ats komitmen yg diberikn..smbg lg sem dpn tau!


mcm menarik je Silat Cekak Nie..Akan difikir2kan untuk join..ape2 pun,abgku the best!!!haha


hehe..btl3..:D
promote la kt member2 ko..silat ni sesuai utk prempuan..xperlu sepak2..mudah je..


::cik im::

My photo
::ialah anak kelahiran Sandakan,Sabah::menetap di Tangkak,Johor::Syariah (Fiqh dan Usul), Akademi Pengajian Islam,Universiti Malaya::

::cik im di sini::


ShoutMix chat widget

::sahabat cik im::

::saudara cik im::

::pilihan cik im::

::pelawat cik im::