Perkembangan Diri
Thursday, April 30, 2009
Sebenarnya macam-macam aktiviti saya lakukan sepanjang April berlalu ini. Namun oleh kerana kekangan waktu untuk membahagikan masa antara aktiviti luar dan tumpuan peperiksaan, saya kurangkan masa mencari bahan untuk penulisan blog. Namun, dalam kekangan itu, sempat juga saya menukar template blog saya..hehe..
Dalam suasana dunia yang kelam kambut akibat serangan virus maut H1N1, kemerosotan teruk ekonomi global, pertembungan terbuka '2 aliran' di dalam PAS dan lain-lain, tentu sahaja banyak perkara yang saya ingin sentuh di dalam blog ini. InsyaAllah, selepas reda musim peperiksaan pada 5hb ini, saya akan kembali giat menulis.
Sekadar perkongsian aktiviti terkini, minggu lepas saya berpeluang mengikuti sesi penggambaran krew rancangan Gaya Hidup sihat terbitan RTM di Akademi Silat Cekak Hanafi, Kg. Dato' Keramat. Walaupun tak berperanan secara langsung di dalam sesi tersebut, dapatlah saya mengutip sedikit ilmu tentang penggambaran. Artis yang terlibat pada hari tersebut ialah Eman Manan, Sabrina beserta Guru Utama dan pasukan demo Ibu Pejabat SCH. Diharap dengan penonjolan semula SCH akan dapat kembali menaikkan nama serta semangat seluruh ahli.
Aktiviti menarik di dalam kalendar saya seterusnya ialah Majlis Makan Malam Perpisahan Jabatan Fiqh dan Usul 2009. Majlis yang dijadual pada 5hb Mei nanti adalah bertujuan untuk meraikan para pelajar tahun akhir JFU yang akan menamatkan pengajian mereka selain memberikan penghargaan kepada seluruh warga pensyarah. InsyaAllah saya terlibat memimpin persembahan Silat Cekak Hanafi, mendeklamasikan sajak serta menyertai persembahan nasyid. Sekarang kami sibuk membuat persediaan untuk majlis tersebut.
Pada 6hb Mei pula, insyaAllah seluruh warga rumah sewa, alumni dan penasihat Halal Haram akan menyertai trip sehari semalam ke Port Dickson. Program anjuran Halal Haram's House ini adalah bertujuan mengeratkan silaturrahim serta sebagai 'majlis perpisahan' sebelum masing-masing membawa haluan masa depan sendiri. Dikhabarkan ustaz Anuar nak sponsor Umbai lepas tu, betul ke ustaz??... ;)
Diharap semuanya berjalan lancar..saya akan update setiap perkembangan diri selepas ini, InsyaAllah...
Kasih-MU
Thursday, April 30, 2009Kasih Mu bagai air mengalir
Salju dalam jiwa nan resah
Hati yang layu kembalilah mekar
Bila nama Mu kusebut-sebut
Tak terungkap kasihku pada Mu
Dalam suka mahu pun duka
Tiada tandingan cinta Mu di dunia
Unggul kekal selamanya
Dari terbit mentari hingga dasar laut
Sebesarnya alam sezarah kuman
Namun tak tertanding kuasamu kasih
Jatuhku bangunku Kau tetap di sisi
Sungguhnya aku yang berdosa
Sehina-hinaku rendah diri
Biar ku terpalit juta noda
Masih ada ruang keampunan
Dari kerdipan bintang hingga kilau pasir
Agung ciptaan Mu akal tak sampai
Semulia-mulianya segala kejadian
Kerdilnya aku di mata Mu
Kasih Mu bagai air mengalir
Salju dalam jiwa nan resah
Selamat Hari Lahir Abah!
Sunday, April 26, 2009Semoga abah dapat bebas berlalah macam dulu lagi...
Tiada kata yang layak untuk menggambarkan segala jasa abah...
Im tak akan lupa segalanya...
Doa im abah terus dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...
Diberi kekuatan meneruskan agenda perjuangan menegakkan Islam...
Dan akhirnya berjaya lulus dengan mardhatillah di akhirat sana...
Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna...
SELAMAT HARI LAHIR....
Agama Yahudi
Saturday, April 25, 2009Firman Allah Taala yang bermaksud :
"Sesungguhnya kami telah mengambil perjanjian dari bani Israil,dan telah kami utus kepada mereka para rasul.Tetapi setiap datang seorang rasul kepada mereka dengan membawa apa yang tidak diingini oleh hawa nafsu mereka, (maka)sebahagian dari para rasul itu mereka dustakan dan sebahagian yang lain mereka bunuh". (al-Maidah : 70)
Firman Allah Taala yang bermaksud :
"Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Al-Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya "Ini dari Allah" , (dengan maksud ) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan besarlah bagi mereka, akibat dari apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan besarlah bagi mereka akibat dari apa yang mereka kerjakan". (al-Baqarah : 79)
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Berbicaralah mengenai Bani Israil dengan seluas-luasnya. Sesiapa yang mendustakan ke atas ku secara sengaja , maka dia telah menempah tempat tinggal di dalam neraka".
Bagi mereka yang ingin mengkaji Agama Yahudi, masyarakatnya dan yang berkaitan dengan permasalahan keagamaan Yahudi, mereka tidak akan temui jawapan yang sempurna dan terperinci melainkan dengan melalui penghayatan terhadap kitab perjanjian lama. Di dalam kitab tersebut mengandungi lembaran-lembaran sejarah kelahiran dan perkembangan Bani Israil. Maka dengan ini si pengkaji dapat memahami keperibadian seseorang yang beragama Yahudi dalam semua aspek kehidupan keagamaan dan politik.
Golongan sarjana pengajian perbandingan agama yang terdiri dari orang-orang Yahudi dan selainnya telah bersepakat bahawa kitab perjanjian lama yang berada di tangan kita sekarang bukannya sebuah kitab yang asal dan tulen seperti yang pernah diturunkan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. Sepanjang perjalanan sirah Orang-orang Yahudi , mereka begitu berpegang dengan Taurat dan ajarannya walaupun golongan sarjana Yahudi telah mengiktiraf kepalsuan kitab Taurat mereka. Inilah yang menjadi kehairanan kepada diri saya sehingga memaksa saya mengajak para pembaca berfikir sejenak untuk mencari jawapan di sebalik permasalahan ini.
Saya berpendapat bahawa ia tersirat di sebalik kebanggaan orang-orang Yahudi iaitu mereka adalah "Bangsa Allah yang terpilih". Manakala bangsa yang lain hanya diciptakan untuk berkhidmat kepada mereka. Justeru itu, tidaklah hairan jika kita dapati hidup berasingan merupakan satu tradisi dan kebanggaan bagi mereka. (Sesungguhnya kamu adalah bangsa yang suci bagi tuhan kamu dan kamu dipilih oleh tuhan untuk menjadi ummat yang khusus di kalangan semua bangsa di muka bumi) Safar pengulangan 7/16.
Jadi, dari sini dapatlah diketahui rahsia yang menjadi pendorong kepada bangsa Yahudi agar berpegang teguh dengan kitab Taurat atau dengan kata lain kitab Taurat berjaya menghimpun bangsa Yahudi untuk menghayatinya dan menjadi satu bangsa yang mempunyai keperibadian yang berbeza dari bangsa lain.
Kajian mengenai ilmu sejarah keagamaan memberi kesan yang amat mendalam dalam membentuk sesebuah masyarakat. Ini kerana ilmu tersebut merupakan kunci bagi kita memahami akan pegangan aqidah yang dianuti oleh sesebuah masyarakat.
1. YAHUDI
Kalimah Yahudi dinisbahkan kepada anak yang ke-4 bagi Nabi Yaacob a.s yang bernama Yahouza dan ia juga merupakan salah satu daripada puak-puak Bani Israel. Gelaran ini mula terkenal selepas daripada keutuhan kerajaan Yahouza pada tahun 586 sebelum masehi. Kemudian kalimah Yahudi diitlakkan kepada mereka yang menganut agama Yahudi atau agama Musa. Menurut pengarang dalam kitab yang menjelaskan makna Yahudi ialah "Yahudi adalah agama yang dianuti oleh kaum Bani Israel semenjak dari zaman Nabi Musa a.s. Ini diambil dari kata-kata Nabi Musa "Sesungguhya kami kembali kepada-Mu wahai Tuhan". Mereka adalah umat Nabi Musa dan kitab suci mereka bernama Taurat.
2. IBRAN
Adapun makna kalimah Ibrani ialah nama bagi kabilah yang sampai nasabnya kepada Saam Bin Nuh. Daripadanyalah terbentuk sebuah ummah yang besar dinamakan keturunan Saam. Terdapat lapan jenis bangsa yang lahir daripada keturunan Saam iaitu Ashour, Babil, Finique, Aram, Kan'an, Kaldan, Ibrani dan Masri.
Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ahli sejarah mengenai asal usul nama kabilah ini. Ada yang mengatakan ianya diambil sempena dengan nama moyang Nabi Ibrahim iaitu Aabir. Pendapat kedua pula mengatakan ianya adalah satu gelaran yang diberikan kepada Nabi Ibrahim kerana dia adalah orang pertama menyeberangi Sungai Furat. Manakala pendapat yang ketiga sepertimana yang disebut oleh Dr Ahmad Syalabi bahawa gelaran Ibrani yang diberikan kepada Nabi Ibrahim serta pengikutnya kerana mereka hidup berpindah-randah dan sentiasa merentasi padang pasir dan gurun untuk mencari rumput bagi ternakan laut.
3. ISRAEL
Israel ialah kalimah Ibrani yang membawa maksud "kamu mengalahkan Tuhan". Ia adalah gelaran yang diberikan oleh Tuhan-tuhan orang-orang Yahudi yang bernama Yahwu kepada Nabi Yaacub selepas Nabi Yaacub dapat mengalahkan Tuhan di dalam pergaduhan di antara mereka berdua. Yahwu berkata : "selepas ini, jangan lagi kamu dipanggil dengan nama Yaacub malah panggillah Israel kerana kamu bersungguh-sungguh dan telah mengalahkan aku". Safar pembentukan alam 32/28.
SEJARAH KELAHIRAN YAHUDI
Agama Yahudi walaupun ianya salah satu daripada agama langit namun ianya amat berbeza daripada dua saudaranya Nasrani dan Islam. Ini dapat dilihat daripada hubungan di antara sejarah dan ajaran agama Yahudi.
1. Agama Yahudi diperingkat awalnya lahir dibumi Palestin dan persekitarannya yang merangkumi Iraq, Mesir, Jordan, Syria dan Lubnan. Kawasan ini juga dikenali dengan nama Antara dua Sungai, Furat dan Dajlah. Kawasan ini berada di suatu kedudukan yang paling strategik di mana ia menghubungkan antara tiga benua; Asia, Eropah dan Afrika.
2. Penduduk asal kawasan ini terdiri daripada beberapa kabilah yang datang dari Semenanjung Arab dan pulau-pulau di persisiran laut Mediterranian.
3. Pada tahun 3000 sebelum masehi, satu kabilah yang bernama Finique telah berhijrah dari Semenanjung Arab menuju ke Utara kawasan di antara dua sungai dan menetap di sana. Ia terkenal dengan nama Lubnan. Pekerjaan yang dilakukan oleh orang-orang Finique ialah nelayan, perniagaan melalui laut dan membina kota-kota besar.
4. Pada tahun 2500 sebelum masehi, sebuah kabilah yang bernama Kan'an juga telah meningalkan Semenanjung Arab kerana kemarau yang panjang dan menuju ke barat sungai Jordan serta menetap di persisiran sungai tersebut. Kawasan yang didiami oleh orang-orang Kan'an dikenali dengan nama Bumi Kan'an .
5. Sebuah kabilah yang datang daripada kepulauan Creat di lautan Mediterranian yang bergelar Palestin telah berhijrah ke bumi Kan'an dan menetap di satu kawasan yang bernama Yafa dan Ghaza. Ini berlaku pada tahun 1200 sebelum masehi. Telah berlaku perkahwinan campur di antara kabilah Palestin dengan orang-orang Kan'an yang berketurunan Arab dan akhirnya mereka dikenali dengan orang Palestin dan Tempat tinggal mereka dikenali sebagai Tanah Palestin.
6. Adapun orang-orang Aram yang asalnya menetap di bumi Iraq telah meninggalkan tanahair untuk mencari satu penempatan baru. Akhirnya mereka telah menetap di tanah Syria dan menjadikan Damsyik sebagai ibu negara mereka dan bekerja sebagai petani dan peniaga. Di dalam kitab suci Yahudi, orang-orang Aram dikenali sebagai orang Syiria.
7. Di utara Semenanjung Arab, terdapat sebuah negara yang bernama Madyan. Ia adalah penghubung antara Mesir, bumi Kan'an dan Semenanjung Arab. Pada ketika itu, Madyan adalah medan peperangan di antara Mesir dan Babylon kerana ia merupakan gurun Sahra' yang menjadi pintu masuk kepada tanah Palestin dan tanah sekitarnya.
8. Sebuah Kabilah yang bernama Haxsos berketurunan Arab telah menuju ke negara Mesir disebabkan oleh kemarau yang panjang menimpa mereka dan telah menawan kerajaan Mesir pada ketika itu disebabkan oleh lemahnya tampuk pemerintahan mereka . Mereka telah memerintah 2098 sebelum masehi hinggalah ke tahun 1587. Di sepanjang pemerintahan mereka, berlaku beberapa peperangan untuk merampas kembali pemerintahan negara mereka daripada tangan orang-orang Haxsos. Peperangan tersebut berlaku pada akhir pemerintahan kerajaan Mesir yang berpusat di Luxor.
9. Di akhir pemerintahan Haxsos, seorang panglima yang bernama Ahmash telah berjaya menghalau orang-orang Haxsos daripada bumi Mesir dan mengasaskan keluarga yang ke-18 kembali memerintah Mesir.
10. Sepanjang tempoh pemerintahan orang-orang Haxsos ke atas negara Mesir, ketika itulah Bani Israel hidup dengan mendapat keistimewaan daripada kerajaan Haxsos dan mereka telah ditempatkan di suatu tempat yang terletak di sebelah timur Sungai Nil. Apabila kerajaan Mesir memerintah kembali negaranya, Bani Israel tidak lagi mengecapi keistimewaan yang pernah dikecapi suatu masa dahulu dan akhirnya mereka keluar dari negara Mesir dengan diketuai oleh Nabi Musa a.s.
11. Di antara kabilah yang datang ke kawasan ini (antara dua sungai) ialah kabilah Ibrani (kalimah Ibrani bermaksud Nabi Ibrahim dan anak-anaknya selain daripada Nabi Ismail a.s dan keturunannya).
12. Nabi Ibrahim a.s dilahirkan di Iraq. Bapanya bernama Azar bekerja sebagai pembuat patung dan menjual kepada penyembah berhala. Melalui hidayat Allah SWT Nabi Ibrahim telah dipilih untuk membawa risalah Tauhid kepada kaumnya. Malangnya risalah yang dibawa telah mendapat tentangan yang hebat dari kaumnya sendiri sehinggalah Nabi Ibrahim dibakar hidup-hidup. Akhirnya Nabi Ibrahim terpaksa berhijrah bersama isterinya Sarah, dua anak saudaranya Luth dan beberapa teman serta pengikutnya meniggalkan negara Iraq.
13. Dalam perjalanan mencari tempat untuk menyambung kehidupan, mereka telah menuju ke bumi Syria kemudian meneruskan perjalanan mereka ke bumi Kan'an dan selepas itu ke bumi Palestin. Di sepanjang perjalanan mereka hanya menternak dan mengembala binatang.
14. Selepas beberapa ketika, Nabi Ibrahim a.s bersama isterinya Sarah telah berhijrah ke Mesir yang pada ketika itu di bawah pemerintahan Haxsos. Mengikut beberapa riwayat, Maharaja Mesir tertarik dengan kecantikan Sarah apabila dia ingin menghampiri Sarah tiba-tiba dia menggigil, maka dia merasa bersalah dan mengembalikan semula Sarah kepada Nabi Ibrahim lalu menghadiahkan pula seorang permaisuri Mesir yang bernama Hajar.
15. Sarah ialah seorang isteri yang mandul maka dia mencadangkan kepada Nabi Ibrahim supaya mengahwini Hajar. Setelah beberapa lama perkahwinan Ibrahim dan Hajar, mereka dikurniakan seorang putera yang diberi nama Ismail. Kelahiran Ismail telah menimbulkan rasa cemburu di hati Sarah lantas dia meminta daripada suaminya agar memisahkan Hajar dan anaknya daripada mereka berdua.
16. Nabi Ibrahim a.s telah membawa puteranya yang pertama bersama isterinya Hajar menuju ke suatu tempat yang tidak mempunyai tanaman dan air. Akhirnya tempat tersebut dikenali sebagai Baitullah.
17. Selepas 14 tahun kelahiran Ismail, isteri Nabi Ibrahim yang pertama iaitu Sarah telah melahirkan seorang putera yang bernama Ishak. Ishak mempunyai dua orang putera yang bernama Iesu dan Yaacob.
18. Yaacob digelar sebagai Israel dan mempunyai 12 orang anak. Daripada merekalah datangnya 12 keturunan Bani Israel. Yaacob juga mempunyai empat orang isteri iaitu ;-
i- Laiah; anak sulung kepada bapa saudaranya. Mempunyai enam orang anak iaitu Raubin, Syam'un, Lawai, Yahouza, Yashaki dan Zabuloun.
ii- Adik kepada Laiah bernama Rahil (isteri yang paling disayangi oleh Yaacob). Mempunyai dua orang anak iaitu Yusuf dan Bunyamin.
iii- Zalfah; hamba kepada Laiah. Mempunyai dua orang anak iaitu Jadd dan Ashir.
iv- Balhah; hamba kepada Rahil. Mempunyai dua orang anak iaitu Dann dan Naftaley.
BAHASA IBRIAH
19. Sepertimana yang diketahui Nabi Ibrahim telah meninggalkan Kota Babylon bersama dengan keluarga dan pengikutnya disekitar tahun 1750 sebelum masehi. Bumi yang pertama dipijak oleh Ibrahim dan pengikutnya ialah tanah Syria tempat tinggal orang-orang Aram. Kemudian mereka berpindah lagi menuju ke Selatan sehingga mereka menetap di Kan'an. Di sepanjang perjalanan tersebut sudah semestinya Nabi Ibrahim a.s dan pengikutnya bertemu dan bergaul dengan pelbagai kaum dan kabilah. Hasil daripada itu, lahirlah di Kalgu Bani Israel suatu bahasa yang mirip kepada orang-orang Aram yang menyerupai dengan bahasa Arab. Penggunaan bahasa ini kembali kepada tahun 1200 sebelum masehi kemudian ianya telah luput sebagai bahasa pertuturan dan diganti oleh bahasa Aram pada tahun 200 sebelum masehi. Selepas daripada itu bahasa Ibrani tidak lagi digunakan melainkan untuk tulisan dan upacara keagamaan sahaja.
PENGASINGAN BANGSA YAHUDI
20. Jika diperhatikan pada orang-orang Ibrani (Bangsa Yahudi) selepas penghijrahan mereka daripada tanah Iraq, didapati mereka ini mempunyai satu ciri yang berbeza iaitu suka mengasingkan diri ke mana mereka pergi dan menetap. Mereka tidak suka bergaul dengan kabilah lain malah mereka lebih suka hidup sesama mereka di satu tempat yang berasingan di antara mereka dan kabilah lain. Mereka tidak akan membenarkan sesiapa pun samada di kalangan mereka sendiri atau orang lain untuk menembusi benteng ini. Sebab-sebab pengasingan ini terbahagi kepada dua perkara :-
i. Perbezaan Aqidah, orang-orang Ibrani beriman dengan ajaran Tauhid yang dibawa oleh Nabi Ibrahim. Akan tetapi setengah kabilah dan kaum lain menyembah berhala.
ii. Perbezaan Pemikiran, orang-orang Ibrani hidup berpindah randah dan tidak bertamadun. Berbeza pula dengan kabilah lain yang hidup mene tap, mempunyai ilmu pengetahuan dan ketamadunan.
21.Tabiat mengasingkan diri dari orang lain telah menjadi satu kebanggaan kepada orang-orang Ibrani walaupun mereka mempunyai ilmu pengentahuan dan meninggal cara hidup lama mereka namun tetap mengamalkan tabiat mengasingkan diri dari masyarakat lain. Ini dapat dilihat di mana-mana tempat yang mereka tinggal.
22. Sikap mengasingkan diri ini telah melahirkan natijah yang negatif terhadap mereka dan bangsa lain. Setelah sekian lama sikap ini meresap ke dalam darah daging orang-orang Yahudi maka timbullah perasaan tidak tenang di dalam jiwa mereka terhadap bangsa lain. Mereka sentiasa merasa bahawa bangsa lain akan mengkhianati dan menghapuskan mereka. Lantaran itulah mereka berterusan merancang dan melaksanakan rancangan jahat untuk menghapuskan bangsa-bangsa lain demi mengembalikan ketenangan jiwa mereka. Daripada perancangan jahat mereka ialah ajaran Marxis, Darwin, Freemason dan lain-lain.
23. Daripada sikap tersebut juga lahir dalam setiap jiwa orang-orang Yahudi, mereka tidak akan memberi ketaatan kepada mana-mana pemerintahan melainkan pemerintahan Yahudi sahaja. Mereka sanggup melakukan apa yang tidak terfikir di akal kita demi ketaatannya kepada bangsa Yahudi.
Fakta Kelebihan Ais
Tuesday, April 21, 2009dan kepantasan pergerakan.
. Air Sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar
tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa..
. Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk
memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan
secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
. Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana
bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.
. Liputan ais di Antartika (daerah kutub Selatan) dan Artik (daerah
kutub utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.
. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah
rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan
pergerakan bumi pada paksinya.
. Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa
yang keterlaluan.
. Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya
dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan
berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana
mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk
melegakan batuk secara total.
. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan
yang tidak disangka-sangkakan.
. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan
yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang
mempunyai potensi menghidapi sawan.
. Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang
yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.
. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan
tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih
cepat.
. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan
mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya
lumpuh.
. Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang
tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan
mengganggu sistem deria pada kulit.
. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang
mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang
jahat.
. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat
lembut lagi mengharmonikan.
. Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.
. Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai
tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
. Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekut
kristal yang paling keras iaitu intan.
. Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem
penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh
dan menyeluruh.
. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan
semangat orang yang telah hilang ingatan seperti pengsan, gila dan koma
kembali sedar.
. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan urik
asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.
. Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.
. Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang
dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.
. Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.
. Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin
merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan
keikhlasan.
. Air kelapa muda bersifat sejuk amat baik untuk kesihatan kerana ia
amat berkesan untuk meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang
berlebihan dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadinya bersifat panas
dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.
. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian
perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di
waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di
awal pagi kerana ia menguatkan perut.
Petikan dari buku panduan dan aplikasi Seri Wajah (Aromatherapy
Vibration) - Dr.Nohissam Mustafa
Mahkamah Bertindak Luar Bidang Kuasa?
Saturday, April 18, 2009
Meskipun keputusan mahkamah mengisytiharkan tindakan Speaker DUN Perak menggantung Dato Dr Zambry Kadir mengecewakan banyak pihak, ia terpaksa diterima.Demikian kata Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika diminta mengulas keputusan mahkamah tertinggi negara pada 16 April lalu. Dalam keputusan lisannya mahkamah membuat keputusan sebulat suara. Ketika menyampaikan keputusan itu Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Sherif memutuskan bahawa Speaker V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa berbuat demikian.
Aziz berkata, perlembagaan - baik negeri maupun persekutuan - tidak menyatakan dengan jelas kuasa-kuasa speaker dan selama ini undang-undang dan amalan yang ada baik di Malaysia dan seluruh Komanwel ialah ia tertakluk kepada budi bicara speaker dan ini dipandu oleh 'Standing Orders' atau peraturan dewan. Ini mempunyai asas di dalam perlembagaan dan kuasa mentafsir 'Standing Orders' itu ialah kuasa mutlak speaker.
"Saya tidak tahu apakah asas Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan tindakan Speaker DUN tidak sah. Dari mana mahkamah mendapat kuasa berbuat demikian?" soal profesor undang-undang itu.
Aziz berkata apa yang jelas ialah perlembagaan tidak membenarkan mahkamah mencampuri urusan dan prosiding dewan. Katanya ini dinyatakan dengan jelas oleh Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 72; khususnya 72(1) yang dengan jelas menyebut bahawa "Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah".
Dengan itu, Aziz berpendapat, mahkamah telah bertindak di luar kuasa atau 'ultra vires'.
Ditanya mengenai Perkara 63 Perlembagaan Negeri Perak beliau berkata: "Peruntukan itu hanya memberi kuasa kepada Mahkamah Persekutuan untuk mentafsir perlembagaan negeri. Peruntukan ini tidak memberi lesen kepada mahkamah untuk berbuat sesuka hati dan membelakangkan perlembagaan."
Beliau bersetuju dengan pandangan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk NH Chan yang mengkritik keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai isu tersebut.
Mengenai soal pembahagian kuasa (separation of powers) pula Aziz mendedahkan Mahkamah Persekutuan memang masih kabur tentang konsep itu. Katanya, "Sesiapa yang tak percaya sila baca keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Kok Wah Kuan (2008) yang menangani isu berkenaan".
Aziz menyeru Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Azmi sebagai ketua badan kehakiman mengambil perhatian dan memberi penghakiman muktamad mengenai isu pemisahan kuasa yang menjadi idea pokok dalam konflik undang-undang mengenai kuasa speaker itu.
Aziz berkata kekaburan dan kekeliruan itu menyebabkan mahkamah terlalu menumpukan kepada isu-isu teknikal dan prosedur yang sepatutnya dibaca dalam konteks teori tadi. Beliau berharap Mahkamah Persekutuan mengeluarkan keputusan bertulis secepat mungkin supaya kita dapat mengetahui asas keputusannya.
"Setakat ini ia masih kabur dan kalau kita melihat isu ini dalam konteks pemisahan kuasa yang menjadi tunjang kepada perlembagaan itu keputusan itu adalah keputusan yang salah".
Bagaimanapun, oleh kerana Mahkamah Persekutuan adalah mahkamah paling tinggi yang sekaligus memainkan peranan mahkamah perlembagaan maka isu itu terhenti di situ. Aziz berkata terpulang kepada ahli-ahli politik untuk menjelaskan kepada rakyat isu yang sulit dan kontroversial ini.
"Merekalah hakim yang sebenar dalam kemelut politik di Perak. Apa yang malang ialah semua institusi yang sepatutya mempertahankan perlembagaan gagal berbuat demikian," ujarnya.
Sebelum ini tokoh-tokoh dan NGO tertentu seperti Datuk Param Coomaraswamy (bekas Presiden Majlis Peguam), Prof. Dr Shad Faruqi dan ALIRAN meragui keberkesanan penyelesaian melalui jalan mahkamah.
Pesta Pendidikan Kokurikulum Sem 2 2008/09
Friday, April 10, 2009Pada hari khamis 9 April 2009 yang lalu, Universiti Malaya Kuala Lumpur telah megadakan Pesta Pendidikan Kokurikulum Semester 2, Sesi 2008/09. Pesta berformat pertandingan ini telah diadakan di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya. Kejohanan disertai oleh kesemua subjek yang bernaung di bawah Seksyen Kokurikulum Universiti Malaya dan dibahagikan kepada 3 kategori utama iaitu Pameran, Persembahan Kebudayaan dan kategori Umum Persembahan.
Dengan izin dan kurnia Allah SWT, alhamdulillah pasukan Demonstrasi daripada Kelas Latihan Silat Cekak Hanafi Universiti Malaya telah berjaya memenangi tempat pertama bagi kategori Umum Persembahan. Kategori Umum Persembahan ini melibatkan pasukan-pasukan wajadiri seperi Silat Gayung Fatani, Silat Olahraga, Kung Fu, Karate-Do, Silambam dan sebagainya. Ianya turut disertai oleh subjek-subjek bukan wajadiri yang terdapat di Universiti Malaya. Untuk makluman, ini adalah kali kedua berturut-turut Silat cekak Hanafi Universiti Malaya mengungguli kategori tersebut, tahniah diucapkan!
Sebagai wakil daripada barisan Tenaga Pengajar dan rakan-rakan seperjuangan di Kelas Latihan Silat Cekak Hanafi Universiti Malaya, saya merasakan kemenangan kali ini amat bermakna bagi kami kerana ianya bukan saja memberikan bonus tambahan atas usaha kami selama ini, malah berjaya menaikkan semangat rakan-rakan untuk terus memartabatkan Silat Cekak Hanafi di kampus Universiti Malaya. Saya juga ingin mengambil kesempatan menyeru kepada rakan-rakan seperjuangan di luar sana, ayuh kita rapatkan saf perjuangan bersama kepimpinan persatuan, kita atur langkah SEGERAK SEARAH, mendepani cabaran mencipta kegemilangan. Silat ini harus dijulang ketempat yang selayaknya.
Hidup Cekak Hanafi!
Muhd Imran bin Abd Razak
Kelas Latihan Silat Cekak Hanafi
Universiti Malaya, Kuala Lumpur